TY - JOUR AU - Idris, Norliza AU - Md Noor, Norah PY - 2019/06/01 Y2 - 2024/03/29 TI - Kesan Penggunaan Peta Minda Digital Terhadap Pencapaian Dan Minat Murid Dalam Penulisan Karangan Bahasa Melayu (The Effect of Using Digital Mind Map on Student’s Achievement and Interests in Malay Language Writing) JF - Innovative Teaching and Learning Journal JA - ITLJ VL - 2 IS - 2 SE - Articles DO - UR - https://itlj.utm.my/index.php/itlj/article/view/24 SP - AB - <p>Selaras dengan kehendak pembelajaran alaf ke-21, penggunaan peta minda digital dilihat mampu menyokong pembelajaran berdasarkan teori konstruktivisme dimana pembelajaran berpusat murid amatlah dititikberatkan. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk menilai keberkesanan penggunaan peta minda digital (Coggle) dalam talian terhadap murid tingkatan 4 dalam penulisan karangan Bahasa Melayu. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dan berbentuk pra-eksperimen satu kumpulan kajian. Sebanyak 40 orang murid tingkatan 4 dipilih melalui pemilihan sampel bertujuan sebagai responden dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan instrumen pencapaian Ujian pra dan Ujian pos serta soal selidik. Data kuantitatif Ujian pra dan Ujian pos yang dikumpulkan akan dianalisis dengan menggunakan perisian statistik manakala data kuantitatif soal selidik dianalisis dengan memfokuskan kepada peratusan dan frekuensi. Dapatan kajian dari ujian-t berpsangan menunjukkan bahawa skor Ujian pra mempunyai perbezaan yang signifikan daripada skor Ujian pos iaitu (t = -9.885, p = 0.000). Keputusan ini menunjukkan terdapat peningkatan dalam pencapaian murid semasa Ujian pos selepas menggunakan peta minda digital (Coggle) dalam penulisan Bahasa Melayu. Hasil dapatan soal selidik yang menguji minat dan persepsi juga menunjukkan peratusan dan frekuensi yang tinggi. Hal ini membuktikan murid berpandangan positif terhadap penggunaan peta minda digital (Coggle) dalam penulisan Bahasa Melayu. Implikasi dari proses pembelajaran turut dibincangkan dalam artikel ini.</p> ER -