Persepsi Pelajar Terhadap Penggunaan Frog VLE Dalam Matapelajaran Biologi Tingkatan 4 (Student’s Perception towards the Usage of Frog VLE in Form 4 Biology Subject)

Authors

  • Azuarina Md. Tahar School of Education, Universiti Teknologi Malaysia
  • Norasykin Mohd Zaid School of Education, Universiti Teknologi Malaysia

Abstract

Teknologi Frog VLE merupakan persekitaran pembelajaran berasaskan web yang fleksibel dari aspek masa, tempat, kaedah dan bahan pembelajaran. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji penggunaan persekitaran pembelajaran maya (Frog VLE) dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) Biologi pelajar tingkatan 4. Terdapat tiga objektif yang dirangka iaitu untuk mengenalpasti sikap pelajar terhadap penggunaan Frog VLE, mengenalpasti tahap motivasi pelajar semasa menggunakan Frog VLE dalam PdP, dan mengetahui persepsi pelajar terhadap penggunaan Frog VLE untuk tujuan PdP. Sampel kajian adalah terdiri daripada 103 orang pelajar. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang mana soal selidik digunakan sebagai instrumen. Nilai kebolehpercayaan set soal selidik ini adalah α=0.932. Data diproses dengan menggunakan perisian Stasistical Package for the Social Science Version 16.0 (SPSS) dengan memberikan nilai kekerapan, peratus dan min. Hasil kajian menunjukkan bahawa sikap pelajar terhadap penggunaan Frog VLE berada pada tahap sederhana dengan nilai min=3.29, sementara tahap persepsi pelajar terhadap Frog VLE dalam PdP adalah sederhana dengan nilai min=3.59 dan tahap motivasi pelajar terhadap penggunaan Frog VLE dengan nilai min=3.52 juga adalah ditahap sederhana. Maka, kajian ini memberikan beberapa cadangan kajian lanjutan agar penggunaan Frog VLE dapat dikaji dengan lebih komprehensif dalam semua matapelajaran di sekolah merangkumi sekolah-sekolah di negeri Johor dan seluruh Malaysia amnya.

Downloads

Published

2021-04-28

How to Cite

Md. Tahar, A., & Mohd Zaid, N. (2021). Persepsi Pelajar Terhadap Penggunaan Frog VLE Dalam Matapelajaran Biologi Tingkatan 4 (Student’s Perception towards the Usage of Frog VLE in Form 4 Biology Subject). Innovative Teaching and Learning Journal, 2(2). Retrieved from https://itlj.utm.my/index.php/itlj/article/view/20