Pembangunan Alat Bantu Mengajar EndoClimb: Climb to Victory dan Persepsi Pelajar Tingkatan 4 dalam Pembelajaran Sistem Endokrin Manusia

Authors

  • Nur Syuhada Kula Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • Wan Mohd Nuzul Hakimi Wan Salleh Department of Chemistry Faculty of Science and Mathematics Sultan Idris Education University Tanjung Malim, Perak, MALAYSIA
  • Nilavathi Balasundram Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.11113/itlj.v10.206

Keywords:

Alat bantu mengajar, Pembelajaran berasaskan permainan, Sistem endokrin manusia, Persepsi pelajar, Model ADDIE

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk membangunkan serta menilai persepsi pelajar Tingkatan 4 terhadap alat bantu mengajar berasaskan permainan, EndoClimb: Climb to Victory, bagi subtopik Sistem Endokrin Manusia dalam mata pelajaran Sains. Pembangunan alat bantu mengajar ini berpandukan Model ADDIE yang merangkumi lima fasa utama, iaitu analisis, reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan, dan penilaian. Reka bentuk kajian adalah berbentuk kuantitatif deskriptif yang melibatkan pelajar Tingkatan 4 yang mengikuti subjek teras Sains sebagai responden. Instrumen kajian terdiri daripada borang kesahan muka dan kandungan serta soal selidik persepsi pelajar yang telah dinilai oleh pakar. Soal selidik persepsi merangkumi empat konstruk utama, iaitu kegunaan, kemudahgunaan, kemudahpelajaran, dan kepuasan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa peratus persetujuan keseluruhan pakar bagi kesahan muka dan kandungan adalah sebanyak 93.40%, manakala kesahan soal selidik mencatatkan nilai 90.43%, sekali gus mengesahkan kesesuaian instrumen dan alat bantu mengajar yang dibangunkan. Analisis deskriptif terhadap persepsi pelajar menunjukkan nilai min yang tinggi bagi kesemua konstruk dengan purata keseluruhan min sebanyak 3.49, menandakan persepsi pelajar yang positif terhadap penggunaan EndoClimb dalam pembelajaran Sistem Endokrin. Purata sisihan piawai keseluruhan yang rendah, iaitu 0.33, menunjukkan variasi respons yang kecil serta tahap kesepakatan yang tinggi dalam kalangan pelajar. Secara keseluruhannya, kajian ini membuktikan bahawa EndoClimb: Climb to Victory berpotensi sebagai alat bantu mengajar yang inovatif, berkesan, dan sejajar dengan keperluan pembelajaran abad ke-21 dalam menyokong pembelajaran aktif berpusatkan pelajar.

ABSTRACT

This study aimed to develop and evaluate Form 4 students’ perceptions of a game-based teaching aid, EndoClimb: Climb to Victory, designed for the Human Endocrine System subtopic in the Science subject. The teaching aid was developed based on the ADDIE instructional design model, which comprises five main phases: analysis, design, development, implementation, and evaluation. A descriptive quantitative research design was employed, involving Form 4 students enrolled in the core Science subject as the study respondents. The research instruments consisted of face and content validity evaluation forms and a student perception questionnaire, all of which were reviewed by experts. The student perception questionnaire encompassed four main constructs: usefulness, ease of use, ease of learning, and satisfaction. The findings indicated that the overall expert agreement for face and content validity was 93.40%, while the questionnaire validity recorded a value of 90.43%, confirming that the developed instruments and teaching aid were valid and appropriate for use. Descriptive analysis of students’ perceptions revealed high mean scores across all constructs, with an overall mean of 3.49, indicating positive student perceptions of the use of EndoClimb in learning the Human Endocrine System. The overall mean standard deviation of 0.33 further suggests low response variability and a high level of agreement among students. Overall, this study demonstrates that EndoClimb: Climb to Victory has strong potential as an innovative and effective teaching aid that aligns with 21st-century learning requirements by supporting active, student-centred, and engaging learning experiences.

Downloads

Published

10-03-2026

How to Cite

Kula, N. S., Wan Salleh, W. M. N. H., & Balasundram, N. (2026). Pembangunan Alat Bantu Mengajar EndoClimb: Climb to Victory dan Persepsi Pelajar Tingkatan 4 dalam Pembelajaran Sistem Endokrin Manusia. Innovative Teaching and Learning Journal, 10(1), 14–25. https://doi.org/10.11113/itlj.v10.206

Issue

Section

Articles