Kesan Pembelajaran Inkuiri Berasaskan Web (PIBW) Terhadap Efikasi Kendiri TPACK (TPACK-SE) Guru Pra-Perkhidmatan (The Effect of Web-Based Inquiry Learning (PIBW) on TPACK Self-efficacy (TPACK-SE) Pre-Service Teachers)

Authors

  • Mariah Lambak Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Melaka
  • Jamaluddin Harun School of Education, Universiti Teknologi Malaysia
  • Halimatussa’adiah Salleh Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Melaka

Abstract

Efikasi kendiri (SE) merupakan konsep yang penting dalam memahami proses pembelajaran dan keyakinan diri guru terhadap prestasi mereka pada masa hadapan.  Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (TPACK) merupakan kerangka konsep mengenai pengetahuan asas yang diperlukan oleh guru untuk mengintegrasi  teknologi dalam pengajaran dengan berkesan. TPACK-SE adalah gabungan keyakinan  dan jangkaan untuk mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran secara berkesan berdasarkan kerangka konsep TPACK. Pengalaman pembelajaran guru pra-perkhidmatan  adalah penting dalam pembinaan TPACK-SE dan ini akan mempengaruhi keupayaan pelajar untuk mengintegrasikan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu persekitaran pembelajaran berasaskan web menggunakan pedagogi pembelajaran berasaskan inkuiri telah direka bentuk untuk meningkatkan TPACK-SE dalam kalangan guru pra-perkhidmatan. Kajian ini mengkaji sama ada Pembelajaran Inkuiri Berasaskan Web (PIBW) dapat meningkatkan keyakinan terhadap pengetahuan pengintegrasian ICT guru pra-perkhidmatan menggunakan kerangka kerja TPACK. Reka bentuk kajian ini adalah secara pra-eksperimental yang dilaksanakan terhadap empat-puluh orang guru pra-perkhidmatan di sebuah institusi pendidikan guru.  Dua set soal selidik digunakan iaitu sebelum kursus bermula (ujian pra) dan selepas kursus tamat (ujian pos). Analisis data menunjukkan terdapat peningkatan min iaitu  0.43 bagi Efikasi Kendiri Pengetahuan Teknologi (TK-SE), 0.38 bagi Efikasi Kendiri Pengetahuan Teknologi Pedagogi (TPK-SE), 0.20 bagi Efikasi Kendiri Pengetahuan Teknologi Kandungan (TCK-SE) dan 0.46 bagi Efikasi Kendiri Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (TPACK-SE). Analisis ujian-T menunjukkan terdapat peningkatan yang signifikan (p< .08)  dalam  TK-SE, TPK-SE dan TPACK-SE Ini menunjukkan bahawa PIBW yang direka bentuk dapat meningkatkan TPACK-SE guru pra-perkhidmatan dalam kajian.

Downloads

Published

2021-04-28

How to Cite

Lambak, M., Harun, J., & Salleh, H. (2021). Kesan Pembelajaran Inkuiri Berasaskan Web (PIBW) Terhadap Efikasi Kendiri TPACK (TPACK-SE) Guru Pra-Perkhidmatan (The Effect of Web-Based Inquiry Learning (PIBW) on TPACK Self-efficacy (TPACK-SE) Pre-Service Teachers). Innovative Teaching and Learning Journal, 2(2). Retrieved from https://itlj.utm.my/index.php/itlj/article/view/21