Kepentingan Pembelajaran Abad ke 21 Terhadap Potensi Kebolehpasaran Modal Insan (The Importance of 21st Century Learning on Human Capital Market Potential)
Abstract
Persaingan dalam kerjaya merupakan isu yang tidak dapat dikawal akibat pergerakkan ekonomi negara dan global. Justeru, pelbagai langkah dan inisiatif telah dijalankan semua pihak bagi memastikan pertumbuhan ekonomi dibangunkan melalui pengurangan kadar penganguran, intervensi perniagaan dan pemasaran serta pertambahan peluang kerja yang pelbagai. Namun, kredibiliti kemahiran, pengetahuan dan tingkah laku manusia sering dinilai dan menjadi diskriminasi oleh para majikan dan pengurus atasan semasa fasa pemilihan subordinat dijalankan. Menyedari hakikat ini, penerapan pembelajaran abad ke 21 diterapkan melalui konsep kehidupan pembelajaran generasi kini bagi memastikan penguasaan dalam aspek kreatif, pemikiran kritikal, kolaboratif dan komunikasi secara teori dan praktikal. Pemahaman yang baik dalam pemikiran berfikir aras tinggi (KBAT) juga dilaksanakan bagi melahirkan Generasi Z yang mempunyai nilai kebolehpasaran kerja yang tinggi. Kebolehpasaran kerja hanya dapat dicapai jika modal insan yang diproduktivitikan adalah berefikasi tinggi, kompeten, berkemahiran kendiri, holistik dan memiliki karisma serta personaliti yang sejajar dengan keseimbangan sumber manusia abad ke 21.