Keberkesanan Integrasi Quizizz dalam Pengajaran Kosa Kata Bahasa Melayu bagi Pendidikan Awal Kanak-Kanak
DOI:
https://doi.org/10.11113/itlj.v10.229Keywords:
Quizizz, Wayground, Kosa kata, Bahasa Melayu, Pengajaran dan pembelajaran, Pendidikan awal kanak-kanakAbstract
Quizizz merupakan sebuah platform kuiz berasaskan permainan yang mengintegrasikan elemen audio dan visual untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang interaktif, menyeronokkan dan menarik. Dalam konteks pendidikan awal kanak-kanak, penggunaan aplikasi ini penting kerana pembelajaran konvensional yang bersifat sehala dan berpusatkan guru semakin kurang berkesan berbanding kaedah pembelajaran berasaskan teknologi serta permainan yang lebih interaktif.Sehubungan itu, kajian ini dijalankan dengan tujuan meneliti pendekatan pembelajaran yang sesuai bagi pengajaran dan pembelajaran kosa kata Bahasa Melayu dalam pendidikan awal kanak-kanak, di samping menganalisis tahap keberkesanan penggunaan Quizizz dalam proses tersebut. Kajian ini melibatkan seramai 10 orang murid diTabika Perpaduan, Muar, Johor. Kaedah kajian yang digunakan bagi pengumpulan data ialah temu bual dan ujian pra dan ujian pos. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pembelajaran berasaskan permainan digital melalui platform Quizizz adalah berkesan dan sesuai dengan tahap perkembangan kognitif serta emosi kanak-kanak. Elemen interaktif, penggunaan visual dan audio yang menarik, serta pemberian maklum balas secara segera telah menyumbang kepada peningkatan tumpuan, motivasi, dan penyertaan aktif murid dalam pembelajaran kosa kata. Skor purata murid menunjukkan peningkatan sebanyak 1.9 mata selepas pelaksanaan aktiviti pembelajaran menggunakan Quizizz. Pendekatan ini bukan sahaja selari dengan keperluan pedagogi abad ke-21 yang menekankan integrasi teknologi dalam bilik darjah, malah mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih interaktif, menyeronokkan dan berpusatkan murid.
ABSTRACT
Quizizz is a game-based quiz platform that incorporates audio and visual elements, creating an interactive, engaging, and enjoyable learning environment. In the context of early childhood education, the application of this tool is increasingly important, as traditional one-way, teacher-centered instruction is becoming less effective compared to more interactive, technology-based, and game-oriented methods. Therefore, this study was conducted to explore the most suitable learning approach for teaching Malay vocabulary in early childhood education and to analyze the effectiveness of using Quizizz in this process. The study involved 10 students from Tabika Perpaduan in Muar, Johor. Data collection methods included interviews, pre-tests, and post-tests. The findings indicated that digital game-based learning through the Quizizz platform is effective and suitable for the cognitive and emotional development of young children. The platform's interactive elements, engaging audio and visual features, and immediate feedback significantly contribute to increased attention, motivation, and active participation among students in vocabulary learning. The average student score increased by 1.9 points following the implementation of learning activities using Quizizz. This approach aligns with the demands of 21st-century educational pedagogy, which emphasizes technology integration in the classroom, and helps create a more interactive, enjoyable, and student-centered learning environment.














