Mekanisme Pedagogi dan Pengukuran Kemahiran Proses Sains dalam Pendidikan Sains Sekolah Rendah

Authors

DOI:

https://doi.org/10.11113/itlj.v10.239

Keywords:

Kemahiran proses sains, Pendidikan sains sekolah rendah, Reka bentuk pedagogi, Penilaian KPS, Tinjauan literatur sistematik

Abstract

Kemahiran Proses Sains (KPS) merupakan asas penting dalam pembelajaran sains kerana menyokong murid membina penjelasan berasaskan bukti, dan bukan sekadar mengingat fakta. Walau bagaimanapun, literatur semasa masih menunjukkan ketidakjelasan tentang mekanisme pedagogi yang paling konsisten menyokong pembangunan KPS, di samping wujud heterogeniti dari segi pengukuran, indikator, dan pelaporan dapatan, khususnya dalam konteks sekolah rendah. Sehubungan itu, kajian ini menggunakan pendekatan Systematic Literature Review (SLR) untuk mensintesis bukti kajian terkini berkaitan intervensi pengajaran dan pembelajaran sains serta amalan pengukuran KPS dalam kalangan murid sekolah rendah. Berpandukan protokol PRISMA 2020, carian sistematik dalam pangkalan data Scopus dan Web of Science bagi tempoh 2020 hingga 2025 menghasilkan 18 artikel akhir untuk sintesis tematik. Dapatan menunjukkan empat tema utama, iaitu: (1) teknologi sebagai sokongan terhadap pelaksanaan KPS, (2) pedagogi inkuiri berstruktur untuk mengaktifkan KPS, (3) kontekstualisasi budaya dan komuniti dalam pengukuhan KPS, dan (4) penilaian, diagnostik, dan peluang pembelajaran KPS. Secara keseluruhan, sintesis ini menunjukkan bahawa kekuatan dapatan berkaitan KPS lebih tepat difahami melalui ciri reka bentuk pedagogi, termasuk scaffolding, urutan tugasan, dan pemodelan langkah inkuiri, serta melalui kejelasan pengukuran dan keterwakilan peluang latihan dalam sistem pembelajaran. Kajian ini menyumbang dengan memperjelas bahawa pengukuhan KPS tidak wajar dinilai berdasarkan label pendekatan semata-mata, tetapi perlu dibaca melalui hubungan antara mekanisme pedagogi, pengukuran, dan konteks pelaksanaan. Implikasinya, pembangunan intervensi dan bahan PdP pada masa hadapan perlu memberi perhatian yang lebih sistematik kepada kejelasan indikator KPS, kesahan instrumen, dan peluang latihan yang seimbang dalam konteks sekolah rendah.

ABSTRACT

Science Process Skills (SPS) are fundamental to science learning because they support pupils in constructing evidence-based explanations rather than merely memorising facts. However, current literature still shows uncertainty regarding the pedagogical mechanisms that most consistently support SPS development, alongside heterogeneity in measurement, indicators, and reporting, particularly in primary school contexts. This study employed a Systematic Literature Review (SLR) to synthesise recent research evidence on science teaching and learning interventions and SPS measurement practices among primary school pupils. Guided by the PRISMA 2020 protocol, a systematic search in Scopus and Web of Science databases for the period 2020 to 2025 yielded 18 final articles for thematic synthesis. The findings revealed four main themes: (1) technology as support for SPS implementation, (2) structured inquiry pedagogy for activating SPS, (3) cultural and community contextualisation in strengthening SPS, and (4) assessment, diagnostics, and SPS learning opportunities. Overall, the synthesis indicates that evidence on SPS is better understood through pedagogical design features, including scaffolding, task sequencing, and modelling of inquiry steps, as well as through measurement clarity and the representation of learning opportunities within the instructional system. This study contributes by clarifying that SPS development should not be evaluated based on approach labels alone, but through the relationship between pedagogical mechanisms, measurement, and implementation contexts. The findings imply that future interventions and teaching materials should pay more systematic attention to SPS indicators, instrument validity, and balanced learning opportunities in primary school settings.

Downloads

Published

10-07-2026

Issue

Section

Articles

How to Cite

Mekanisme Pedagogi dan Pengukuran Kemahiran Proses Sains dalam Pendidikan Sains Sekolah Rendah. (2026). Innovative Teaching and Learning Journal, 10(2), 214-231. https://doi.org/10.11113/itlj.v10.239