Kesan Pembelajaran Berasaskan Inkuiri Dengan Integrasi Video Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Pembelajaran Matematik (Effect of Inquiry Based Learning with Video Integration towards Students’ Achievement in Learning Mathematics)

Authors

  • Nur Aqilah Rozali School of Education, Universiti Teknologi Malaysia
  • Noor Dayana Abd Halim School of Education, Universiti Teknologi Malaysia

Abstract

Implementasi kaedah pengajaran yang aktif beserta dengan rancangan pengajaran yang kreatif dapat membantu dalam meningkatkan pemahaman murid. Justeru kajian yang dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji kesan kaedah Pembelajaran Berasaskan Inkuiri yang mengintegrasikan video terhadap pencapaian pelajar dalam pembelajaran Matematik iaitu topik 3 Dimensi. Dalam kajian ini, Model Inkuiri 5E oleh Baybee dan beberapa alatan teknologi video dari YouTube dan Powtoon telah di gunakan dalam aktiviti PdPc. Seramai 22 orang pelajar Tahun 3 telah terlibat dalam kajian pra-eksperimen ini. Instrumen untuk mengukur kefahaman pelajar setelah menjalani intervensi telah dibangunkan untuk mengkaji kesan rekabentuk PdPc terhadap pencapaian pelajar. Analisis deskriptif Ujian Pencapaian Matematik menunjukkan terdapat perbezaan signifikan di antara ujian pra dan ujian pos iaitu mengalami peningkatan sebanyak 15.19%. Ini menunjukkan bahawa terdapat kesan yang positif kepada pelajar setelah mereka terlibat secara dalam aktiviti yang telah dirancang. Kesimpulannya, kajian ini dapat membantu guru untuk mereka bentuk proses pengajaran yang efektif melalui penerapan pembelajaran abad ke-21 dan juga pengintegrasian teknologi dalamaktiviti PdPc.

Downloads

Published

2021-05-04

How to Cite

Rozali, N. A., & Abd Halim, N. D. (2021). Kesan Pembelajaran Berasaskan Inkuiri Dengan Integrasi Video Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Pembelajaran Matematik (Effect of Inquiry Based Learning with Video Integration towards Students’ Achievement in Learning Mathematics). Innovative Teaching and Learning Journal, 3(2). Retrieved from https://itlj.utm.my/index.php/itlj/article/view/38