Keberkesanan Penggunaan Inovasi Top Assistant Dalam Mempelajari Perakaunan di Kolej Vokasional

Authors

  • Nurhuda Md Tahir Kolej Vokasional Perdagangan, 80350 Johor Bahru, Johor, Malaysia
  • Rohiza Husain Kolej Vokasional Perdagangan, 80350 Johor Bahru, Johor, Malaysia
  • Normaliza Ahmad Kolej Vokasional Perdagangan, 80350 Johor Bahru, Johor, Malaysia
  • Muhammad Ameen Atan Kolej Vokasional Perdagangan, 80350 Johor Bahru, Johor, Malaysia
  • Fatin Aliah Phang Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia, 81310 Skudai, Johor, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.11113/itlj.v6.69

Keywords:

inovasi pengajaran & pembelajaran, Pendidikan perakaunan, kolej vokasional

Abstract

Pelajar Kolej Vokasional menghadapi masalah dalam pembelajaran mata pelajaran perakuanan. Kajian ini bertujuan untuk menguji keberkesanan penggunaan inovasi TOP Assistant (Table of Period) dalam kalangan pelajar Kolej Vokasional. Melalui satu kajian pemerhatian awal, data menunjukkan masalah yang dikenal pasti adalah pelajar tidak dapat melihat dengan teliti tempoh perakaunan dan tarikh transaksi perniagaan bermula bagi sesebuah urusniaga perniagaan. Hal ini telah menyebabkan majoriti pelajar membuat kesilapan dalam menentukan tarikh bagi starting period, closing date dan closing period. Menyedari hal ini, satu inovasi yang dihasilkan berdasarkan garis masa iaitu TOP Assistant telah dihasilkan. Data keberkesanan alat bantu mengajar ini telah diukur melalui penilaian ujian pra dan pos. Sampel kajian terdiri sebanyak 127 orang pelajar kursus DBE 2243 Sistem Perakaunan Berkomputer di 11 Kolej Vokasional di Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah analisis deskriptif iaitu frekuensi dan peratusan berdasarkan data ujian pra dan pos. Keputusan kajian menunjukkan bahawa semua pelajar dapat menentukan tarikh bagi starting period, closing date dan closing period dengan tepat. Kajian ini mencadangkan penggunaan TOP Assistant untuk disebarluaskan kepada semua Kolej Vokasional dan juga pelajar perakaunan kolej matrikulasi seluruh Malaysia.

Downloads

Published

2022-08-02

How to Cite

Md Tahir, N., Husain, R., Ahmad, N., Ameen Atan, M., & Phang, F. A. (2022). Keberkesanan Penggunaan Inovasi Top Assistant Dalam Mempelajari Perakaunan di Kolej Vokasional. Innovative Teaching and Learning Journal, 6(1), 61–71. https://doi.org/10.11113/itlj.v6.69

Issue

Section

Articles