Tahap Pengaplikasian Media Digital dalam Kalangan Guru Bahasa Tamil di Sekolah Rendah

Authors

  • Meenachi Dorasamy Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Labis, 85300 Labis, Johor, Malaysia
  • Norazrena Abu Samah School of Education, Faculty of Social Sciences and Humanities, Universiti Teknologi Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.11113/itlj.v6.83

Keywords:

Media digital, Pendidikan Teknologi, TPACK, SJKT Segamat, Sikap

Abstract

Media digital memainkan peranan penting dalam pelaksanaan Pendidikan 4.0 bagi memastikan pembinaan modal insan yang mampu bersaing di persada dunia. Walaubagaimanapun, dapatan kajian-kajian lepas menunjukkan guru-guru mempunyai masalah dalam pengaplikasian media digital dalam aktiviti PdPR. Maka, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengaplikasian media digital dalam aktiviti pengajaran dan pentaksiran. Di samping itu, kajian ini juga dijalankan bagi tahap pengaplikasian media digital berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan sikap guru. Sejajar dengan itu, seramai 103 orang guru dari Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di daerah Segamat telah terlibat sebagai sampel kajian ini. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif jenis tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik. Data kajian ini telah dianalisis menggunakan kaedah analisis deskriptif dan inferensi bagi menjawab persoalan kajian. Hasil kajian menunjukkan tahap pengaplikasian media digital dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan aktiviti pentaksiran berada pada tahap yang tinggi. Tahap pengaplikasian media digital berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan sikap guru juga berada pada tahap yang tinggi. Seterusnya, ujian korelasi menunjukkan terdapat hubungan antara pengetahuan, kemahiran dan sikap guru dengan pengaplikasian media digital dalam pengajaran. Hasil daripada perlaksanaan kajian ini memberi input tentang tahap pembelajaran maya dan pelaksanaan elemen pendidikan abad ke 21 di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di daerah Segamat dan seterusnya membuatkan pihak pentadbir dan kementerian dalam meningkatkan lagi kemudahan internet di sekolah bagi memastikan penggunaan elemen pembelajaran maya di sekolah dilakukan tanpa sebarang gangguan bagi merealisasikan hasrat dan falsafah pendidikan negara perkembangan yang mencetus Pendidikan 4.0.

Downloads

Published

2022-08-02

How to Cite

Dorasamy, M., & Abu Samah, N. (2022). Tahap Pengaplikasian Media Digital dalam Kalangan Guru Bahasa Tamil di Sekolah Rendah. Innovative Teaching and Learning Journal, 6(1), 10–15. https://doi.org/10.11113/itlj.v6.83

Issue

Section

Articles