Kajian Berkaitan Pedagogi Guru-guru SJK (T) Daerah Segamat Dalam Pelaksanaan PdPR
DOI:
https://doi.org/10.11113/itlj.v6.86Abstract
Kajian ini dijalankan untuk meninjau pedagogi guru SJKT daerah Segamat dalam pelaksanaan PdPr. Terdapat tiga fokus utama yang ditekankan oleh pengkaji dalam objektif kajian ini iaitu komponen pedagogi yang digunakan oleh guru dalam melaksanakan PdPR dalam talian. Seterusnya, pengkaji juga ingin mengenal pasti hubungan antara komponen pedagogi guru dengan teknologi. Pengkaji juga mengenal pasti cabaran guru melaksanakan PdPr. Kajian ini dijalankan untuk mengetahui sama ada terdapat cabaran daripada guru SJK (T) di Segamat dalam melaksanakan proses PdPR dalam tempoh PKP dan ingin mengenal pasti komponen pedagogi yang digunakan oleh guru SJK (T) daerah Segamat dalam melaksanakan pembelajaran dan proses pengajaran semasa PKP untuk melengkapkan isi pelajaran dengan menggunakan pendekatan pembelajaran dalam talian seperti whatsApp, telegram dan google meet khususnya bagi pelajar di luar bandar yang mengalami gangguan internet di kawasan yang tiada kemudahan internet. Kajian yang dijalankan adalah kajian kuantitatif deskriptif menggunakan reka bentuk kajian tinjauan menggunakan soal selidik Soal selidik diedarkan secara atas talian menggunakan Borang Google. Seramai 50 orang responden telah dipilih dalam kajian ini. Responden dipilih secara rawak dalam kalangan guru SJKT di daerah Segamat. Melalui kajian ini, pengkaji mendapati secara umumnya telegram, google classroom dan whatsapp digunakan sebagai medium pengajaran dalam talian. Majoriti guru selesa dan sering menggunakan google meet dan telegram dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam talian. Pengetahuan teknologi responden dalam penggunaan google meet, telegram, google class room dan medium whatsapp adalah tahap tinggi. Tidak dinafikan secara keseluruhannya didapati majoriti responden menghadapi masalah internet. Pelajar juga tidak dapat menghantar tugasan tepat pada masany dan guru masih memerlukan bimbingan dalam menjalankan pengajaran dalam talian dengan lebih berkesan.