Kesediaan Pelajar Sekolah Menengah Terhadap Penggunaan Aplikasi Google Classroom dalam Pembelajaran Norma Baru

Authors

  • Roshasfarizan Che Ghazali Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Mas, 17000 Pasir Mas, Kelantan, Malaysia
  • Noor Dayana Abd Halim Sekolah Pendidikan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Teknologi Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.11113/itlj.v6.87

Abstract

Aplikasi Google Classroom merupakan salah satu aplikasi yang sering digunakan oleh para pendidik untuk menyampaikan ilmu dan bahan-bahan pengajaran secara dalam talian. Ia telah dibangunkan oleh pihak Google untuk kegunaan dalam sistem Pendidikan pada tahun 2014 supaya memudahkan para pendidik merancang, melaksanakan dan mentaksir hasil tugasan pelajar secara “paperless”. Selain itu, Google Classroom juga digunakan sebagai platform pembelajaran dalam norma baru bagi pelajar. Justeru itu, kajian ini telah dilaksanakan menggunakan kaedah tinjauan untuk mengenal pasti tahap kesediaan pelajar sekolah menengah terhadap penggunaan aplikasi Google Classroom daripada aspek pengetahuan, sikap, motivasi dan kemudahan infrastrutktur di Pasir Mas, Kelantan. Seramai 288 orang pelajar menengah rendah dan 192 orang pelajar menengah atas telah dipilih secara rawak sebagai sampel kajian. Kajian ini menggunakan soal selidik secara dalam talian sebagai instrumen kajian untuk mengumpul data daripada responden. Perisian SPSS (Statistical Package for Social Science) telah digunakan untuk menganalisis data secara deskriptif. Borang soal selidik telah melepasi proses kesahan dan kebolehpercayaan. Dapatan kajian menunjukkan min tahap kesediaan daripada aspek pengetahuan, sikap, motivasi dan kemudahan infrastruktur berada pada tahap sederhana dengan nilai 3.67, 3.29, 3.55 dan 3.33. Ini menunjukkan bahawa pelajar telah bersiap sedia namun tahap pengetahuan, sikap, motivasi dan kemudahan infrastruktur pelajar perlu ditingkatkan lagi dalam menjalankan pembelajaran secara norma baru bagi meningkatkan keberkesanan pembelajaran dalam talian.

Downloads

Published

2022-08-02

How to Cite

Che Ghazali, R., & Abd Halim, N. D. (2022). Kesediaan Pelajar Sekolah Menengah Terhadap Penggunaan Aplikasi Google Classroom dalam Pembelajaran Norma Baru. Innovative Teaching and Learning Journal, 6(1), 16–31. https://doi.org/10.11113/itlj.v6.87

Issue

Section

Articles