Aplikasi Android Pembelajaran Abjad Bahasa Jepun (JingoCat Apps)

Authors

  • Norhasyimah Hamzah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 86400 Batu Pahat, Johor, Malaysia
  • Nor Farah Emilia Mohd Rosli Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 86400 Batu Pahat, Johor, Malaysia
  • Siti Nur Kamariah Rubani Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 86400 Batu Pahat, Johor, Malaysia
  • Arihasnida Ariffin Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 86400 Batu Pahat, Johor, Malaysia
  • Normah Zakaria Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 86400 Batu Pahat, Johor, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.11113/itlj.v6.88

Keywords:

Aplikasi android, Bahasa jepun, Bahasa asing, Pembelajaran mudah alih

Abstract

Bahasa asing menjadi salah satu bahasa yang perlu dipelajari oleh pelajar Ijazah Sarjana Muda di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Kajian ini bertujuan untuk membangunkan satu aplikasi android pembelajaran abjad bahasa jepun aras satu dan dua kepada pelajar UTHM khususnya dan umumnya boleh digunakan kepada mana-mana pengguna yang berminat. Aplikasi ini merupakan pembelajaran awal dalam mempelajari abjad Jepun di samping memudahkan pelajar untuk menguasai huruf Hiragana dan Katakana melalui aplikasi pembelajaran mudah alih berasaskan multimedia. Aplikasi android pembelajaran abjad jepun tahap 1 dan 2 (JingoCat Apps) mempunyai tiga menu utama iaitu Learn, Game dan Review di mana setiap menu mengandungi pembelajaran yang berbeza kandungan. Reka bentuk maklumat adalah berdasarkan Teori Kognitif, Teori Behaviorisme dan Teori Konstruktivisme. Model reka bentuk produk adalah berdasarkan Model Hannafin dan Peck (1988) terdiri daripada fasa Analisis, Reka Bentuk, Pembangunan dan Pengulangan dan Penilaian. Oleh itu, semua fasa akan mengandungi proses penilaian dan menyemak semula setiap fasa. Reka bentuk yang terlibat dalam pembangunan aplikasi JingoCat adalah informasi, interaksi dan antara muka. Penilaian terhadap pakar yang terdiri daripada dua orang pakar dalam bidang Multimedia Kreatif dan dua orang pakar dalam bahasa asing (Bahasa Jepun).  Hasil dapatan menunjukkan, keseluruhan pakar bersetuju bahawa reka bentuk informasi, interaksi dan antara muka memenuhi keperluan dan bersesuaian. Kesimpulannya, aplikasi pembelajaran abjad Jepun JingoCat menjadi satu Alat Bahan Bantu Mengajar (ABBM) dan mudah digunakan oleh semua pihak yang memerlukan.

Downloads

Published

2022-08-02

How to Cite

Hamzah, N., Mohd Rosli, N. F. E., Rubani, S. N. K., Ariffin, A., & Zakaria, N. (2022). Aplikasi Android Pembelajaran Abjad Bahasa Jepun (JingoCat Apps) . Innovative Teaching and Learning Journal, 6(1), 52–60. https://doi.org/10.11113/itlj.v6.88

Issue

Section

Articles