Pelaksanaan E-Pembelajaran dalam Persekitaran Sosial dan Budaya di Sekolah Transformasi (TS25) di Malaysia

Authors

  • Suvarmani Subban Subban Social and Welfare Section at Prime Minister Department, 62502 Putrajaya, Malaysia
  • Nor Asiah Mohamd@Razak Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak
  • Habibah Ab. Jalil Universiti Putra Malaysia, 43400 Seri Kembangan, Selangor
  • Ismi Arif Ismail Universiti Putra Malaysia, 43400 Seri Kembangan, Selangor

DOI:

https://doi.org/10.11113/itlj.v6.89

Keywords:

Integrasi e-Pembelajaran, Sosial dan Budaya Sekolah, Sekolah Transformasi, Teori Aktiviti Budaya dan Sejarah

Abstract

Pelaksanaan e-Pembelajaran dalam kalangan guru masih tidak memuaskan walaupun Malaysia telah menjejaki tahun 2020. Matlamat ‘Wawasan 2020’ seharusnya tercapai dengan kemajuan teknologi dalam pendidikan, dan sudah tentu pelaksanaan integrasi e-pembelajaran di sekolah pada tahap 5 bintang. Namun, ‘Wawasan 2020’ tidak berlaku seperti yang diharapkan kerana banyak sekolah yang berada di bawah tahap 3-bintang. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk memahami pelaksanaan integrasi e- pembelajaran dalam kalangan guru dalam persekitaran sosial dan budaya sekolah di sekolah transformasi (TS25) di Malaysia. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif dengan pendekatan kajian kes tunggal. Tujuh peserta kajian terlibat dalam temu duga, iaitu pengetua, penyelaras TMK, ketua panitia, guru TMK, dan tiga guru mata pelajaran di sekolah terpilih bagi mendapat pelbagai perspektif mengenai pengalaman warga sekolah. Kajian in didasari oleh Teori Aktiviti Budaya dan Sejarah untuk memahami aktiviti warga sekolah dalam pelaksanaan integrasi e-pembelajaran di sekolah. Data kajian ini dianalisis melalui kaedah ‘perbandingan tetap’; setiap data dari setiap peserta kajian dibandingkan untuk menghasilkan tema. Dapatan persoalan kajian pertama menghasilkan dua tema yang mewakili ‘cabaran’ dan penyebab ‘cabaran’, iaitu: 1) infrastruktur e-pembelajaran di sekolah terhad disebabkan kekangan kewangan dan 2) kegagalan mematuhi peraturan sekolah disebabkan kekangan masa. Persoalan kajian kedua juga menghasilkan dua tema yang mewakili penyelesaian ‘cabaran’, iaitu,: 1) ‘prestasi dibantu’ oleh warga sekolah bagi menyelesaikan ‘cabaran’ di sekolah; dan 2) ‘perkongsian idea’ oleh warga sekolah bagi menyelesaikan ‘cabaran’ di sekolah. Kajian ini memberi panduan penting bagi kejayaan pelaksanaan integrasi e-pembelajaran yang dapat dimanfaatkan oleh sekolah-sekolah lain yang mempunyai ciri-ciri dan persekitaran yang sama.

Downloads

Published

2022-08-02

How to Cite

Subban, S. S., Mohamd@Razak, N. A., Ab. Jalil, H., & Ismail, I. A. (2022). Pelaksanaan E-Pembelajaran dalam Persekitaran Sosial dan Budaya di Sekolah Transformasi (TS25) di Malaysia. Innovative Teaching and Learning Journal, 6(1), 32–51. https://doi.org/10.11113/itlj.v6.89

Issue

Section

Articles