Pembangunan Aplikasi Pembelajaran 3D Maths Untuk Topik Bentuk Geometri 3 Dimensi Berasaskan Android (Development of 3D Maths Learning Application for Android-Based 3-Dimensional Geometry Topics)

Authors

  • Fauziah Salleh Sekolah Seni Malaysia Johor
  • Shaharuddin Md Salleh School of Education, Universiti Teknologi Malaysia

Abstract

Teknologi telefon pintar masa kini telah memberikan satu alternatif kepada proses pembelajaran dan pemudahcaraan. Penggunaan aplikasi pembelajaran merupakan salah satu daripada media pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan berpontensi dalam meningkatkan pencapaian dan prestasi pelajar. Sebuah aplikasi pembelajaran 3D Maths dibangunkan bagi topik Bentuk Geometri 3 Dimensi berasaskan android berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Matematik Tingkatan 2 menggunakan Model ADDIE. Aplikasi 3D Maths ini dibina dengan menggunakan perisian MIT App Inventor 2 dan MIT AI2 Companion. Kajian ini melibatkan 33 orang pelajar di sebuah sekolah di negeri Johor. Penyelidikan secara kuantitatif dan sokongan data secara kualitatif telah digunakan. Instrumen kajian yang digunakan adalah dua set ujian, iaitu ujian pra dan ujian pasca ujian (Wilcoxon Signed-rank Test) telah digunakan untuk menganalisis data perbezaan pencapaian pelajar. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di antara min markah ujian pra dengan min markah ujian pasca dengan perbezaan min = –9.180. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa Aplikasi 3D Maths yang dibangunkan berdasarkan teori konstrustivisme dan kognitif dapat meningkatkan pencapaian pelajar selain menarik minat pelajar dalam pembelajaran matematik.

Downloads

Published

2021-05-04

How to Cite

Salleh, F., & Md Salleh, S. (2021). Pembangunan Aplikasi Pembelajaran 3D Maths Untuk Topik Bentuk Geometri 3 Dimensi Berasaskan Android (Development of 3D Maths Learning Application for Android-Based 3-Dimensional Geometry Topics). Innovative Teaching and Learning Journal, 3(2). Retrieved from https://itlj.utm.my/index.php/itlj/article/view/40