Keberkesanan Pembelajaran Berasaskan Permainan Digital (PBPD) Terhadap Pencapaian Mata Pelajaran Sejarah Murid Sekolah Rendah

Authors

  • Cheng Yang Chong Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Johor

Keywords:

Digital Learning Materials, Game-Based Learning, History, Primary School

Abstract

The purpose of this research is to study the effectiveness of digital game-based learning (DGBL) towards primary school students’ achievement in History subject compared to students that do not use DGBL. This quasi-experimental research involved 62 primary school students and achievement test is used as instrument. T-test result shows that there is no significant difference in terms of History subject achievement between experimental and control groups. However, significant difference between pre and post tests for the experimental group shows that DGBL is effective to increase primary school students’ achievement in History subject. This study suggests to parties involved in History teaching and learning that DGBL could be one of the alternative methods in History teaching and learning. The related parties are also suggested to develop and use digital learning materials so that the primary school students’ achievement in this subject can be increased.

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan pembelajaran berasaskan permainan digital (PBPD) terhadap pencapaian mata pelajaran Sejarah murid sekolah rendah berbanding murid yang tidak menggunakan PBPD. Kajian kuasi-eksperimen ini dijalankan terhadap 62 orang murid sekolah rendah dan menggunakan ujian pencapaian sebagai instrumen kajian. Keputusan ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian mata pelajaran Sejarah antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Walau bagaimanapun, perbezaan yang signifikan dalam min skor antara ujian pra dengan ujian pasca bagi kumpulan rawatan menunjukkan PBPD berkesan untuk meningkatkan pencapaian mata pelajaran Sejarah murid sekolah rendah. Implikasi kajian kepada pihak yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah ialah PBPD boleh dijadikan salah satu kaedah alternatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Kajian ini juga mencadangkan pelbagai pihak untuk membangun dan menggunakan bahan pembelajaran digital agar pencapaian murid sekolah rendah dalam mata pelajaran tersebut dapat dipertingkatkan.

Downloads

Published

2021-06-15

How to Cite

Chong, C. Y. (2021). Keberkesanan Pembelajaran Berasaskan Permainan Digital (PBPD) Terhadap Pencapaian Mata Pelajaran Sejarah Murid Sekolah Rendah. Innovative Teaching and Learning Journal, 5(1), 49–53. Retrieved from https://itlj.utm.my/index.php/itlj/article/view/62