Persepsi Penerimaan Pelajar Pascasiswazah UTM Terhadap Pendekatan Heutagogi Dalam Pembelajaran

Authors

  • Norshakeerah Binti Abedu Rashid Sekolah Kebangsaan Seri Kota Puteri, Johor
  • Mohd Nihra Haruzuan Bin Mohamad Said Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Johor
  • Zaleha Binti Abdullah Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Johor

Keywords:

Heutagogy Approach, Postgraduate, Information Technology, Student Attitude

Abstract

This study was conducted to identify the perceptions of postgraduate students of Universiti Teknologi Malaysia (UTM) on Heutagogy approach in learning. The Heutagogy approach is an approach that encourages students to acquire knowledge on their own. Students not only receive knowledge from their teacher, but they explore the knowledge themselves. There are three objectives of this study which are first, to find out the knowledge of UTM students on the elements in the Heutagogy approach. The second objective is to identify the relationship between the attitudes of UTM students towards UTM students’ acceptance on Heutagogical approach in learning. While the third objective of this study is to identify the relationship between the ICT facilities of UTM students towards UTM students’ acceptance on Heutagogical approach in learning. The research design is quanttitative. The researcher used survey research as a research method. 90 students of Master of Educational Technology students were selected as respondents. The researcher used simple random sampling techniques for this study. Next, the researcher used a questionnaire as a research instrument in obtaining data. In this study, the researcher used descriptive and Pearson correlation methods when analyzing the data. The finding showed that the respondents' knowledge on the elements of Heutagogical approach was at a very strong scale for the elements of exploration, creation, collaboration, sharing and reflection. While respondents’ knowledge for connecting elements was at a strong level. In addition, the finding showed that there was a significant relationship between the attitudes of UTM students and UTM students’ acceptance on Heutagogical approach in learning. Researcher also found that there was a significant relationship between UTM student’s facilities and UTM students’ acceptance on Heutagogical approach in learning. As a conclusion, the researcher found that the students accepted the Heutagogical approach in their learning based on the attitudes potray by the students and ICT facilities that they have.

Abstrak

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti persepsi penerimaan pelajar pascasiswazah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terhadap pendekatan Heutagogi dalam pembelajaran. Pendekatan Heutagogi merupakan pendekatan yang menggalakkan pelajar memperoleh ilmu dengan sendiri. Terdapat tiga objektif kajian ini. Objektif pertama ialah untuk mengetahui tahap pengetahuan pelajar UTM terhadap elemen-elemen dalam pendekatan Heutagogi. Objektif kedua ialah pengkaji ingin mengenalpasti hubungan antara sikap pelajar UTM dengan persepsi penerimaan pelajar UTM terhadap pendekatan Heutagogi dalam pembelajaran. Manakala objektif ketiga kajian ini ialah untuk mengenal pasti hubungan antara kemudahan TMK pelajar UTM dengan persepsi penerimaan pelajar UTM terhadap pendekatan Heutagogi dalam pembelajaran. Rekabentuk kajian ini ialah kuantitatif dengan menggunakan kajian tinjauan sebagai kaedah kajian. Seramai 90 orang pelajar terdiri daripada pelajar Sarjana Teknologi Pendidikan dipilih sebagai responden kajian menggunakan teknik persampelan rawak mudah. Seterusnya, pengkaji menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian dalam memperoleh data. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah deskriptif dan kolerasi Pearson semasa menganalisis data. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan responden terhadap elemen pendekatan Heutagogi dalam pembelajaran berada pada skala sangat kuat bagi elemen meneroka, mencipta, kolaborasi, perkongsian dan refleksi. Manakala tahap pengetahuan responden bagi elemen berhubung berada pada tahap kuat. Di samping itu, dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara sikap pelajar UTM dengan persepsi penerimaan pelajar UTM terhadap pendekatan Heutagogi dalam pembelajaran. Pengkaji juga mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara kemudahan pelajar UTM dengan persepsi penerimaan pelajar UTM terhadap pendekatan Heutagogi dalam pembelajaran. Kesimpulannya, pengkaji dapati bahawa pelajar menerima baik pendekatan Heutagogi dalam pembelajaran mereka berdasarkan sikap yang ditonjolkan dan kemudahan TMK yang pelajar ada.

Downloads

Published

2021-06-15

How to Cite

Abedu Rashid, N., Mohamad Said, M. N. H. ., & Abdullah, Z. (2021). Persepsi Penerimaan Pelajar Pascasiswazah UTM Terhadap Pendekatan Heutagogi Dalam Pembelajaran. Innovative Teaching and Learning Journal, 5(1), 31–48. Retrieved from https://itlj.utm.my/index.php/itlj/article/view/63