Aplikasi Augmented Reality Berkaitan Tanda-Tanda Keselamatan dalam Makmal Sains Sekolah

Authors

  • Norhasyimah Hamzah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Malaysia
  • Muhammad Yusuf Aziz Abdul Ghoni Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Malaysia
  • Arihasnida Ariffin Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Malaysia
  • Normah Zakaria Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Malaysia
  • Siti Nur Kamariah Rubani Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.11113/itlj.v7.115

Keywords:

Augemented Reality, Tanda keselamatan makmal, Sains

Abstract

Nowadays, 21st century education emphasizes a holistic development in all aspects, including student safety during practical work in laboratories. Therefore, awareness of safety signs is crucial to prevent accidents during the Teaching and Learning (T&L) process in Science labs. This study aims to design, develop, and evaluate the functionality of an Augmented Reality application related to safety signs in school science laboratories. The design model used in this study is the Dick and Carey model, which consists of four main phases: analysis, design, development, and evaluation. The research findings were obtained through assessment forms completed by experts, including two secondary school science teachers and two experienced lecturers in creative multimedia. Overall, the expert analysis revealed positive response acceptance among the experts, along with their perspectives and suggestions for improvement to enhance the application in the future. In conclusion, the developed product will have a positive impact on students studying science subjects by enhancing their understanding and awareness of safety signs in school science laboratories.

Abstrak:

Pada masa kini, pendidikan abad ke 21 bersifat holistik dalam semua aspek termasuk aspek keselamatan kepada pelajar ketika merealisasikan kerja-kerja amali di makmal. Justeru itu, kesedaran terhadap tanda-tanda keselamatan adalah amat penting bagi mengelakkan berlakunya kemalangan semasa melakukan kerja amali sepanjang proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) di makmal sains. Kajian ini bertujuan untuk mereka bentuk, membangunkan dan menilai kebolehfungisan aplikasi pembangunan Augmented Reality berkaitan tanda-tanda keselamatan di dalam makmal sains sekolah. Model reka bentuk yang digunakan ialah model Dick dan Carey yang mengandungi empat fasa utama iaitu analisis, reka bentuk, pembangunan dan penilaian. Dapatan kajian yang diperolehi melalui borang penilaian terhadap pakar yang terdiri daripada empat pakar iaitu dua orang guru sains sekolah menengah dan dua orang pensyarah berpengalaman dalam bidang multimedia kreatif. Secara keseluruhannya, dapatan analisis pakar menunjukkan tanda penerimaan respon yang positif dalam kalangan pakar disamping pandangan dan cadangan untuk penambahbaikan agar aplikasi dapat dihasilkan dengan lebih baik pada masa akan datang. Kesimpulannya, produk yang dihasilkan ini akan memberikan satu kesan yang positif kepada pelajar yang mengambil subjek sains dalam mengenal dan memahami tanda-tanda keselamatan di dalam makmal sains sekolah.

Downloads

Published

2023-07-31

How to Cite

Hamzah, N., Abdul Ghoni , M. Y. A., Ariffin, A., Zakaria, N., & Rubani, S. N. K. (2023). Aplikasi Augmented Reality Berkaitan Tanda-Tanda Keselamatan dalam Makmal Sains Sekolah. Innovative Teaching and Learning Journal, 7(1), 42–50. https://doi.org/10.11113/itlj.v7.115

Issue

Section

Articles