Tahap Kemahiran Penggunaan Alat Teknologi Pendidikan dalam Kalangan Guru Sains dan Matematik di Sekolah Menengah: Pedagogi dan Teknikal
DOI:
https://doi.org/10.11113/itlj.v7.127Keywords:
Educational Technology, Science and Mathematics, Teacher’s Readiness, technological pedagogical skills, TPACKAbstract
The purpose of this study is to investigate the level of educational technology skills from pedagogical and technical aspects in teaching and learning of science and mathematics teachers in secondary schools in the Federal Territory of Kuala Lumpur. The study employs a simple random sampling method to select 320 science and mathematics teachers from 292 secondary schools under the Education Department of the Federal Territory of Kuala Lumpur (JPWPKL). A questionnaire was used to collect data from respondents, and the Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) was used to analyze the data using descriptive and inferential statistical methods. The analysis results indicate that science and mathematics teachers in secondary schools in the Federal Territory of Kuala Lumpur have high levels of pedagogical and technical skills. The results also showed no significant difference in levels of pedagogical and technical skills based on race and education level. However, there are significant differences in levels of pedagogical and technical skills based on gender and teaching experience. The results of this study can serve as a foundation for designing targeted professional development programs for science and mathematics teachers in the Federal Territory of Kuala Lumpur.
Abstrak:
Kajian ini bertujuan mengkaji tahap kesediaan penggunaan alat teknologi pendidikan dalam kalangan guru sains dan matematik sekolah menengah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kesediaan penggunaan alat teknologi guru diukur berdasarkan Indeks Kesediaan Teknologi (TRI) dan perkaitannya dengan tahap kemahiran pedagogi dan tahap kemahiran teknikal. Teknik persampelan rawak mudah digunakan dalam kajian ini untuk memilih sampel. Sampel yang dipilih adalah seramai 320 guru bidang sains dan matematik dari 292 buah sekolah menengah di bawah pentadbiran Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL). Soal selidik digunakan sebagai instrumen pengumpulan data kajian dari responden terlibat. Data kajian dianalisis melalui kaedah statistik secara deskriptif dan inferensi dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS). Hasil analisis data yang diperoleh menunjukkan bahawa tahap kemahiran pedagogi dan kemahiran teknikal guru sains dan matematik sekolah menengah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah di tahap tinggi. Hasil kajian juga menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan dalam tahap kemahiran pedagogi dan teknikal berdasarkan kaum dan tahap pendidikan. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan yang ketara dalam tahap kemahiran pedagogi dan teknikal berdasarkan jantina dan pengalaman mengajar. Hasil kajian ini boleh dijadikan asas untuk mereka bentuk program pembangunan profesional yang disasarkan untuk guru sains dan matematik di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.