Amalan Gamifikasi dalam Pengajaran dan Pemudahcaraan Guru-Guru Sekolah Rendah di Negeri Johor (Gamification Practices in Teaching and Learning among Primary School Teachers in Johor)
Abstract
Gamifikasi merupakan salah satu strategi pembelajaran yang menggunakan elemen-elemen permainan bertujuan memberi motivasi dan menarik minat murid kepada pengajaran guru di dalam kelas. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji amalan gamifikasi dalam kalangan guru-guru sekolah rendah di negeri Johor. Responden dipilih dengan persampelan rawak mudah bertujuan melibatkan 377 guru sekolah rendah di negeri Johor. Penyelidikan menggunakan kaedah kuantitatif. Data yang dikumpul dengan menggunakan soal selidik di analisis secara deskriptif merujuk kepada peratusan dan kekerapan. Hasil kajian telah menunjukkan bahawa amalan gamifikasi guru-guru sekolah rendah di negeri Johor berada ditahap sederhana dengan min=2.86 dan sisihan piawai 0.674. Manakala tahap kecenderungan guru berada di tahap tinggi dengan nilai min 3.02 dan sisihan piawai = 0.686. Kesimpulannya, amalan gamifikasi dalam pengajaran dan pemudahcaraan adalah positif dalam kalangan guru-guru sekolah rendah di Negeri Johor khususnya dan dalam kalangan guru-guru sekolah rendah di Malaysia umumnya.