Perspektif Mahasiswa Universiti Teknikal di Malaysia Terhadap Kecerdasan Buatan (AI) Sebagai Pemudah Cara Menyiapkan Tugasan Berbahasa Melayu

Authors

  • Muhammad Zaid Daud PUSAT PEMBELAJARAN BAHASA, UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA
  • Erwan Ismail
  • Muhammad Syazmi Mohd Azli
  • Mohamad Khairul Al-Rais Omar
  • Muhammad Irham Asyraf Muhammad Jilli Asyraf
  • Nurul Mawaddah Mahmod
  • Wan Amirul Izharudin Shaiful Anuar
  • Shahrulanuar Mohamed
  • Nur Farain Ali
  • Al Amin Mohamed Sultan

DOI:

https://doi.org/10.11113/itlj.v8.168

Keywords:

Kepintaran buatan, Pemudah cara, ChatGPT, Tugasan berbahasa Melayu, Mahasiswa UTeM

Abstract

Students' perspectives on artificial intelligence (AI) tools like ChatGPT may vary. Some students view it as a highly useful tool for assisting with completing assignments in Malay, while others may take a more skeptical or cautious approach toward using this technology. Therefore, the objectives of this study are (i) to identify the perspectives of Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) students on ChatGPT as a tool to facilitate assignments in Malay, (ii) to analyze the impact of ChatGPT usage on UTeM students in simplifying Malay-language assignments, and (iii) to formulate recommendations or steps for UTeM students in using ChatGPT as a tool to assist with Malay-language assignments. This study adopts a quantitative approach with a cross-sectional survey design and a questionnaire using a Likert scale from 1 to 5, along with "yes" or "no" response options. The population and sample consist of students, with 330 respondents randomly selected. Data were collected online via Google Forms and analyzed using descriptive statistics. The findings show that 93.9% of students agreed that ChatGPT helps in completing assignments, 54.5% agreed that ChatGPT is suitable for all types of assignments, 72.7% of respondents agreed that ChatGPT helps in checking spelling and grammar, and 75.8% agreed that ChatGPT provides interesting ideas. Regarding the second objective, 42.4% of students strongly agreed that ChatGPT speeds up research and writing, 30.3% strongly agreed that ChatGPT helps develop writing and critical thinking skills, 30.3% strongly agreed that ChatGPT provides accurate and relevant answers, and 39.4% strongly agreed that ChatGPT is a good reference source for completing assignments. Additionally, 45.5% of students strongly agreed that ChatGPT is a useful tool for completing Malay-language assignments. In conclusion, this study provides recommendations and steps for UTeM students in using ChatGPT as a tool to facilitate the completion of Malay-language assignments. Several alternative AI tools, such as Bing AI (48.5%), Perplexity AI (9.1%), Bard AI (33.33%), and Copy AI (9.1%), are also discussed. While ChatGPT can enhance writing skills for Malay-language assignments, monitoring its use is crucial to maintain academic integrity. Therefore, lecturers should provide clear guidelines for using ChatGPT and implement plagiarism detection to prevent misuse. With proper monitoring and guidelines, UTeM students can efficiently use ChatGPT to complete their assignments.

Abstrak:

Pandangan mahasiswa terhadap kecerdasan buatan (AI) seperti ChatGPT mungkin berbeza-beza. Beberapa mahasiswa mungkin melihatnya sebagai alat yang amat berguna untuk memudahkan mereka menyiapkan tugasan dalam bahasa Melayu, sementara yang lain mungkin mengambil pendekatan yang lebih skeptikal atau berhati-hati terhadap penggunaan teknologi ini. Oleh itu, objektif kajian ini adalah (i) untuk mengenal pasti pandangan mahasiswa Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) terhadap ChatGPT sebagai alat untuk memudahkan tugasan dalam bahasa Melayu, (ii) menganalisis impak penggunaan ChatGPT terhadap mahasiswa UTeM dalam memudahkan tugasan berbahasa Melayu, dan (iii) merumuskan cadangan/langkah bagi mahasiswa UTeM dalam menggunakan ChatGPT sebagai alat untuk memudahkan tugasan berbahasa Melayu. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan silang dan borang soal selidik yang menggunakan skala Likert dari 1 hingga 5, serta pilihan jawapan 'ya' atau 'tidak'. Populasi dan sampel terdiri daripada mahasiswa UTeM, dengan responden dipilih secara rawak, melibatkan jumlah keseluruhan 330 pelajar. Data dikumpulkan secara atas talian melalui platform Google Forms dan dianalisis menggunakan statistik deskriptif. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa 93.9% pelajar bersetuju bahawa ChatGPT membantu dalam penyiapan tugasan, 54.5% bersetuju bahawa ChatGPT sesuai untuk semua jenis tugasan, 72.7% responden bersetuju bahawa ChatGPT membantu dalam menyemak ejaan dan tatabahasa, dan 75.8% responden bersetuju bahawa ChatGPT memberikan idea yang menarik. Mengenai objektif kedua, 42.4% mahasiswa sangat bersetuju bahawa ChatGPT mempercepatkan penyelidikan dan penulisan tugasan, 30.3% sangat bersetuju bahawa ChatGPT membantu dalam membangunkan kemahiran menulis dan berfikir kritis, 30.3% sangat bersetuju bahawa ChatGPT memberikan jawapan yang tepat dan relevan, dan 39.4% sangat bersetuju bahawa ChatGPT adalah sumber rujukan yang baik dalam menyiapkan tugasan. Selain itu, 45.5% mahasiswa sangat bersetuju bahawa ChatGPT adalah alat yang berguna untuk menyiapkan tugasan berbahasa Melayu. Secara kesimpulannya, kajian ini menyediakan cadangan dan langkah untuk mahasiswa UTeM dalam menggunakan ChatGPT sebagai alat untuk memudahkan penyiapan tugasan berbahasa Melayu. Beberapa alternatif AI yang boleh digunakan sebagai pengganti ChatGPT, seperti Bing AI (48.5%), Perplexity AI (9.1%), Bard AI (33.33%) dan Copy AI (9.1%), turut dibincangkan. Walaupun penggunaan ChatGPT dapat meningkatkan kemahiran menulis dalam tugasan berbahasa Melayu, pemantauan terhadap penggunaannya adalah penting untuk mengekalkan integriti dalam penyiapan tugasan. Oleh itu, pensyarah seharusnya menyediakan garis panduan penting bagi penggunaan ChatGPT dan melaksanakan pengesan plagiarisme untuk mencegah penyalahgunaannya dalam penulisan tugasan berbahasa Melayu. Dengan itu, mahasiswa UTeM dapat menggunakan ChatGPT secara efisien untuk menyiapkan tugasan mereka.

Downloads

Published

2024-12-22

How to Cite

Daud, M. Z., Ismail, E., Mohd Azli, M. S., Omar, M. K. A.-R., Muhammad Jilli Asyraf, M. I. A., Mahmod, N. M., … Mohamed Sultan, A. A. (2024). Perspektif Mahasiswa Universiti Teknikal di Malaysia Terhadap Kecerdasan Buatan (AI) Sebagai Pemudah Cara Menyiapkan Tugasan Berbahasa Melayu. Innovative Teaching and Learning Journal, 8(2), 183–198. https://doi.org/10.11113/itlj.v8.168

Issue

Section

Articles