Kesediaan Penggunaan Google Meet dan Padlet sebagai Platform Bimbingan dalam Talian dalam Kalangan Guru Negeri Johor
DOI:
https://doi.org/10.11113/itlj.v7.124Abstract
The guidance process among teachers is a sharing of teaching experiences and pedagogical skills that must be carried out by School Improvement Partners Plus (SIPartners+) and School Improvement Specialist Coaches Plus (SISC+). However, since the COVID-19 pandemic started spreading in the country in early 2020, all educational institutions such as schools, colleges, and universities were directed to temporarily close by the government to contain the spread of COVID-19. However, at the same time, the guidance process still needs to continue to improve the pedagogy of teachers. Therefore, the previously face-to-face guidance process had to be conducted online. This includes the use of online applications such as Google Meet and Padlet. Hence, this study aims to examine the readiness of SIPartners+ and SISC+ teachers in using Google Meet and Padlet as online guidance platforms in terms of knowledge and skills. This study utilized a survey method involving a random sample of 131 respondents, consisting of 33 SIPartners+ teachers and 98 SISC+ teachers. The Readiness Questionnaire was developed to measure the aspects of knowledge and skills in using Google Meet and Padlet. The survey was distributed online to the sample using Google Form. The SPSS (Statistical Package for Social Science) software was used to analyze the data descriptively, involving frequencies, percentages, and means. The findings show high mean levels of readiness in terms of knowledge and skills for SIPartners+ teachers in using Google Meet, with values of 4.51 and 4.21, respectively. Similarly, the mean levels of readiness for SISC+ teachers in using Google Meet are also high, with values of 4.62 and 4.23 for knowledge and skills, respectively. On the other hand, the mean levels of readiness for SIPartners+ and SISC+ teachers in terms of knowledge for using Padlet are high, with values of 4.18 and 4.06, respectively. However, the mean levels of readiness for skills in using Padlet are moderate, with values of 3.22 and 3.48 for SIPartners+ and SISC+ teachers, respectively. This indicates that SIPartners+ and SISC+ teachers are ready in terms of knowledge and skills in using Google Meet for implementing online guidance. However, the skills level of SIPartners+ and SISC+ teachers in using Padlet needs improvement to enhance the effectiveness of the online guidance process.
Abstrak:
Proses bimbingan dalam kalangan guru adalah satu proses perkongsian pengalaman pengajaran dan kemahiran pedagogi yang wajib dijalankan oleh School Improvement Partners Plus (SIPartners+) dan School Improvement Specialist Coaches Plus (SISC+). Walau bagaimanapun, sejak pandemik COVID-19 mula menular dalam negara pada awal tahun 2020, semua institusi pendidikan seperti sekolah, kolej dan universiti telah diarah tutup oleh pihak kerajaan buat sementara waktu bertujuan untuk mengekang penularan penyakit COVID-19. Walau bagaimanapun, pada masa yang sama, proses bimbingan masih perlu diteruskan bagi menambah baik pedagogi guru-guru. Oleh yang demikian, proses bimbingan yang dahulunya dilakukan secara bersemuka terpaksa dijalankan secara dalam talian. Ini termasuklah penggunaan aplikasi dalam talian seperti Google Meet dan Padlet. Justeru, kajian ini dilakukan bertujuan mengkaji kesediaan guru SIPartners+ dan SISC+ terhadap penggunaan Google Meet dan Padlet sebagai platform bimbingan dalam talian daripada aspek pengetahuan dan kemahiran. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan yang melibatkan persampelan rawak 131 responden yang terdiri daripada 33 orang guru SIPartners+ dan 98 orang guru SISC+. Soal Selidik Kesediaan telah dibangunkan untuk mengukur aspek pengetahuan dan kemahiran terhadap penggunaan aplikasi Google Meet dan Padlet. Soal Selidik Kajian ini telah diedarkan kepada sampel secara dalam talian menggunakan Google Form. Perisian SPSS (Statistical Package for Social Science) telah digunakan untuk menganalisis data secara deskriptif yang melibatkan frekuensi, peratusan dan min. Dapatan menunjukkan min tahap kesediaan daripada aspek pengetahuan dan kemahiran bagi SIPartners+ terhadap penggunaan Google Meet adalah tinggi dengan nilai 4.51 dan 4.21. Min tahap kesediaan daripada aspek pengetahuan dan kemahiran bagi SISC+ terhadap penggunaan Google Meet juga tinggi dengan nilai 4.62 dan 4.23. Manakala, min tahap kesediaan daripada aspek pengetahuan bagi SIPartners+ dan SISC+ terhadap penggunaan Padlet adalah tinggi dengan nilai 4.18 dan 4.06. tetapi sederhana bagi aspek kemahiran dengan nilai 3.22 dan 3.48. Ini menunjukkan bahawa SIPartners+ dan SISC+ telah bersedia daripada aspek pengetahuan dan kemahiran terhadap penggunaan Google Meet dalam melaksanakan bimbingan dalam talian. Akan tetapi, tahap kemahiran SIPartners+ dan SISC+ dalam penggunaan Padlet perlu ditingkatkan bagi meningkatkan keberkesanan proses bimbingan secara dalam talian.