Menyambung Jarak, Meningkatkan Interaksi: Komunikasi Kunci Pembelajaran Dalam Talian yang Berkesan melalui Pendekatan STIFIn

Authors

  • Norazzila Shafie Open University Malaysia
  • Rosmaria Omar Open University Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.11113/itlj.v9.181

Keywords:

Pembelajaran dalam talian, Komunikasi efektif, STIFIn, Pendekatan personalisasi

Abstract

Pembelajaran dalam talian telah menjadi norma baharu dalam pendidikan global, menawarkan fleksibiliti daripada segi masa, lokasi, dan akses kepada sumber pembelajaran yang pelbagai. Namun begitu, keberkesanan pembelajaran dalam talian sangat bergantung kepada tahap komunikasi yang efektif antara tenaga pengajar dan pelajar. Artikel ini membincangkan beberapa cabaran utama komunikasi dalam pembelajaran dalam talian, termasuk kekurangan interaksi sosial, penurunan motivasi pelajar, kesukaran dalam memahami kandungan, serta perbezaan tahap kecekapan teknologi dalam kalangan pelajar. Sebagai respons kepada cabaran ini, artikel ini mencadangkan aplikasi pendekatan kecerdasan STIFIn sebagai strategi yang berkesan untuk mempertingkatkan keberkesanan komunikasi dalam pembelajaran maya. Pendekatan STIFIn mengklasifikasikan individu kepada lima jenis kecerdasan dominan—Sensing, Thinking, Intuiting, Feeling, dan Instinct—yang masing-masing mempunyai gaya komunikasi dan pemprosesan maklumat tersendiri. Dengan memahami dan mengaplikasikan pendekatan komunikasi yang disesuaikan dengan dominasi kecerdasan pelajar, tenaga pengajar berpotensi meningkatkan tahap keterlibatan, motivasi, dan pemahaman pelajar secara lebih berkesan. Artikel ini merupakan kajian konseptual yang berasaskan ulasan literatur terdahulu, dan tidak melibatkan pengumpulan data empirikal. Oleh itu, saranan yang dikemukakan ialah hasil daripada sintesis teori dan kajian lepas yang relevan. Artikel ini menyarankan agar pendekatan komunikasi yang lebih personalisasi dan berasaskan profil pelajar diintegrasikan secara strategik ke dalam platform pembelajaran digital, bagi memastikan pengalaman pembelajaran yang lebih inklusif, dinamik dan berkesan dalam landskap pendidikan digital masa kini.

ABSTRACT

Online learning has become the new norm in global education, offering flexibility in terms of time, location, and access to diverse learning resources. However, the effectiveness of online learning heavily depends on the level of effective communication between instructors and students. This article discusses several key communication challenges in online learning, including the lack of social interaction, decline in student motivation, difficulties in understanding content, and varying levels of technological proficiency among students. In response to these challenges, the article proposes the application of the STIFIn intelligence approach as an effective strategy to enhance communication effectiveness in virtual learning. The STIFIn approach classifies individuals into five types of dominant intelligences—Sensing, Thinking, Intuiting, Feeling, and Instinct—each with its own unique communication style and information processing approach. By understanding and applying communication strategies tailored to students' dominant intelligence, instructors have the potential to significantly improve student engagement, motivation, and comprehension. This article is a conceptual study based on a review of previous literature and does not involve empirical data collection. Therefore, the recommendations presented are the result of synthesizing relevant theories and past studies. The article suggests that more personalized, student-profile-based communication approaches should be strategically integrated into digital learning platforms to ensure a more inclusive, dynamic, and effective learning experience in today's digital education landscape.

Downloads

Published

2025-07-06

How to Cite

Shafie, N., & Omar, R. (2025). Menyambung Jarak, Meningkatkan Interaksi: Komunikasi Kunci Pembelajaran Dalam Talian yang Berkesan melalui Pendekatan STIFIn. Innovative Teaching and Learning Journal, 9(1), 306–315. https://doi.org/10.11113/itlj.v9.181

Issue

Section

Articles