Niat Tingkah Laku dan Penerimaan Teknologi Kecerdasan Buatan Generatif Dalam Pengajaran: Perspektif Guru Sains Di Zon Tenggara Sabah

Authors

  • Aminah Jekri Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
  • Crispina Gregory K Han Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
  • Nur Farha Shaafi Universiti Malaysia Sabah, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.11113/itlj.v10.201

Keywords:

Kecerdasan buatan generatif, Kesediaan kemudahan, Pengajaran Sains, Penerimaan, UTAUT

Abstract

Seiring dengan perkembangan pesat dunia teknologi, penggunaan kecerdasan buatan generatif (Generative Artificial Intelligence, GenAI) adalah selari dengan keperluan pendidikan pada era Revolusi Industri 4.0, yang berpaksikan kepada inovasi dan digital. Justeru, dalam memastikan semua komuniti pendidik dapat beradaptasi dengan teknologi tersebut, satu kajian kuantitatif secara keratan rentas dilaksanakan bagi menilai penerimaan teknologi GenAI dalam kalangan guru sains sekolah menengah di zon tenggara Sabah. Dengan menggunakan teknik pensampelan rawak berstrata, seramai 211 orang guru telah dipilih seagai responden. Data diperolehi menerusi borang soal selidik yang mengandungi 29 item dan dianalisis menggunakan Pemodelan Persamaan Struktur Separa Kuasa Dua (PLS-SEM). Dapatan kajian mengesahkan semua faktor peramal mempunyai kesan langsung positif yang signifikan terhadap niat tingkah laku penggunaan teknologi tersebut. Penemuan kajian turut mengesahkan bahawa aspek keadaan kemudahan (β= 0.574) sebagai peramal utama dalam menentukan niat tingkah laku. Seterusnya, berdasarkan nilai R², kesemua faktor peramal menyumbang kepada 59.8% varians dalam niat tingkah laku (BI). Manakala, niat tingkah laku pula menyumbang sebanyak 65.7% varians dalam penerimaan teknologi tersebut. Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini memberikan input berguna kepada pemegang taruh dalam merancang pelbagai program intervensi secara bersasar bagi meningkatkan tahap penerimaan teknologi kecerdasan buatan dalam pengajaran sains di zon tenggara Sabah.

ABSTRACT

Along with the rapid development of the world of technology, the use of generative artificial intelligence (Generative Artificial Intelligence, GenAI) is in line with the needs of education in the era of Industrial Revolution 4.0, which is centered on innovation and digital. Therefore, in ensuring that all educational communities can adapt to the technology, a cross-sectional quantitative study was conducted to assess the acceptance of GenAI technology among secondary school science teachers in the southeast zone of Sabah. Using a stratified random sampling technique, a total of 211 teachers were selected as respondents. Data were obtained through a questionnaire containing 29 items and analyzed using Partial Quadratic Structural Equation Modeling (PLS-SEM). The study findings confirmed that all predictor have a significant positive direct effect on the behavioral intention to use the technology. The study findings also confirmed that the aspect of facilitating conditions (β= 0.574) is the main predictor in determining behavioral intention. Next, based on the R² value, all predictor factors contribute to 59.8% of the variance in behavioral intention (BI). Meanwhile, behavioral intention contributed 65.7% of the variance in the acceptance of the technology. Overall, the findings of this study provide useful input to stakeholders in planning various programs to increase the level of acceptance of artificial intelligence technology in science teaching in the southeast zone of Sabah.

Downloads

Published

10-03-2026

How to Cite

Jekri, A., Gregory K Han, C., & Shaafi, N. F. (2026). Niat Tingkah Laku dan Penerimaan Teknologi Kecerdasan Buatan Generatif Dalam Pengajaran: Perspektif Guru Sains Di Zon Tenggara Sabah. Innovative Teaching and Learning Journal, 10(1), 1–13. https://doi.org/10.11113/itlj.v10.201

Issue

Section

Articles