Cabaran dan Potensi Kecerdasan Buatan Generatif dalam Pendidikan STEM: Suara Guru Sains di Sabah
DOI:
https://doi.org/10.11113/itlj.v9.186Keywords:
Kecerdasan buatan generatif, Pendidikan STEM, Cabaran penggunaan, Guru Sains, Dasar Pendidikan DigitalAbstract
Seiring dengan perkembangan pesat dunia teknologi dan digital, integrasi kecerdasan buatan generatif dalam pendidikan STEM sedang giat diperluas. Walau bagaimanapun, tinjauan lepas mendapati tahap penggunaan teknologi tersebut adalah minima khususnya dalam pendidikan sains. Justeru, satu kajian kuantitatif telah dijalankan bagi mengenal pasti persepsi 323 orang guru sains sekolah menengah di seluruh Sabah berkaitan cabaran yang dihadapi dalam penggunaan teknologi tersebut. Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik yang terdiri daripada 15 item, dan data dianalisis menerusi perisian SPSS versi 27.0. Hasil analisis deskriptif menunjukkan tahap cabaran penggunaan berada pada aras tinggi (M = 3.79, SD = .190). Dapatan turut memperlihatkan bahawa kekangan utama dalam penggunaan teknologi ini berpunca daripada aspek pengetahuan, kemahiran, dan keyakinan guru. Secara empirikal, guru veteran dikenal pasti menghadapi cabaran penggunaan teknologi yang lebih besar. Implikasinya, cabaran pelaksanaan ini perlu ditangani secara menyeluruh bagi memastikan pelaksanaan pendidikan STEM yang lebih berkesan dan inklusif.