Keberkesanan Modul Kreatif Fizik Berasaskan Projek Robotik dalam Meningkatkan Tahap Kreativiti Saintifik Pelajar

Authors

  • Mazlan Setapa Universiti Teknologi Malaysia
  • Norazrena Abu Samah Universiti Teknologi Malaysia
  • Fatin Aliah Phang Abdullah Universiti Teknologi Malaysia
  • Abd Khamim Ismail Universiti Teknologi Malaysia
  • Mohamad Bilal Ali

DOI:

https://doi.org/10.11113/itlj.v7.114

Keywords:

Robotik, Modul, Daya dan gerakan, Pembelajaran berasaskan projek, Model kreativiti terarah

Abstract

Creativity and innovation in the teaching and learning process are critical at this time in order to produce a generation of first-class thinking students capable of competing in the twenty-first century and beyond in the era of Revolution 4.0. Nonetheless, some studies have found that students' use of the value of creativity is still low. Furthermore, creativity in the field of science differs from creativity in the field of art and artistic because learning science is more than just mastering science knowledge or simply following the prescribed procedures; rather, students must think beyond the existing knowledge and procedures in order to comprehend a phenomenon. As a result, the purpose of this study was to determine the impact of the Robotics Project-Based Physics Creative Module (MKFBPR) on the level of scientific creativity of students in Form 4 of a Full Boarding School (SBP). As part of the school's Robotics Club activities, this module was created using the Directed Creativity Model and Project-Based Learning. For eight weeks, this study used a quasi-experimental design with 33 students in the treatment group and 33 students in the control group. This study's sample consists of 4th grade students from two SBPs. The study's findings indicate that using MKFBPR can boost students' scientific creativity more than traditional methods. This study also shows that robotics club activities can help students improve their scientific creativity.

Abstrak:

Kreativiti dan inovasi dalam proses PdPc menjadi tuntutan penting pada masa ini untuk melahirkan generasi pelajar yang berfikiran kelas pertama supaya mampu bersaing dalam abad ke-21 dan seterusnya era Revolusi 4.0. Walaupun begitu, beberapa kajian mendapati penerapan nilai kreativiti dalam diri murid masih rendah. Tambahan pula, kreativiti dalam bidang sains berbeza dengan kreativiti dalam bidang seni dan artistik kerana pembelajaran sains bukan hanya menguasai pengetahuan sains atau hanya mengikut prosedur yang ditetapkan malah murid perlu berfikir melampaui pengetahuan dan prosedur sedia ada dalam proses memahami sesuatu fenomena. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengkaji keberkesanan Modul Kreatif Fizik Berasaskan Projek Robotik (MKFBPR) terhadap tahap kreativiti saintifik murid tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Modul ini telah dibangunkan berasaskan Model Kreativiti Terarah dan Pembelajaran Berasaskan Projek sebagai salah satu aktiviti Kelab Robotik sekolah. Kajian ini dijalankan berpandukan reka bentuk kuasi-eksperimen yang melibatkan 33 orang murid kumpulan rawatan dan 33 orang murid kumpulan kawalan selama lapan minggu. Sampel kajian ini terdiri daripada murid tingkatan 4 dari dua buah SBP. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan MKFBPR dapat meningkatkan tahap kreativiti saintifik murid lebih tinggi berbanding kaedah konvensional. Kajian ini turut membuktikan bahawa aktiviti kelab robotik dapat membantu meningkatkan tahap kreativiti saintifik murid.

Downloads

Published

2023-07-31

How to Cite

Setapa, M., Abu Samah, N., Abdullah, F. A. P., Ismail, A. K., & Bilal Ali, M. (2023). Keberkesanan Modul Kreatif Fizik Berasaskan Projek Robotik dalam Meningkatkan Tahap Kreativiti Saintifik Pelajar. Innovative Teaching and Learning Journal, 7(1), 12–27. https://doi.org/10.11113/itlj.v7.114

Issue

Section

Articles