Pembelajaran Sains Menerusi Web Berdasarkan Kontinum Pemikiran Visualisasi Dalam Meningkatkan Kemahiran Proses Sains Murid

Authors

  • Norlaila Ariffin Sekolah Kebangsaan Infant Jesus Convent, Johor Bahru
  • Noor Azean Atan Universiti Teknologi Malaysia
  • Sanitah Mohd Yusof Universiti Teknologi Malaysia
  • Mohd Nihra Haruzuan Mohamad Said Universiti Teknologi Malaysia
  • Lokman Tahir Universiti Teknologi Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.11113/itlj.v7.136

Keywords:

Kontinum Pemikiran Visualisasi, Kemahiran Proses Sains, Aktiviti Pembelajaran Sains, Teknologi Web Bervisual

Abstract

ABSTRACT

Curriculum review of the Primary School Standard Curriculum (KSSR) has improved in many aspects, including Science Learning. Therefore, level one students are also involved with changing the learning context for mastery of Science Process Skills. This is because school students still face problems in mastering and understanding Science Process Skills (KPS), leading to a decline in achievement from year to year. Some students still cannot describe and visualise well and experience problems in understanding abstract concepts in Science Learning, so they cannot master KPS optimally. Therefore, this study was carried out to design science learning activities that can help the students' understanding be clearer and further support the mastery of KPS. Based on the elements in the visualisation thought continuum, this study provides Science learning activities with the help of visual media to improve students' visualisation and further support the improvement of understanding and mastery of Science Process Skills. The use of visual media in the learning process and activities is implemented in stages so that the development of a student's level of visualisation can increase well. The development of this visualisation supports improving students' achievement in their Science learning. The use of visual media is integrated through the web in the students' Science learning, called APS-TeWeV. This study refers to the design of a quasi-experimental study involving collecting data from pre- and post-tests in identifying changes in students' knowledge and providing learning activities in stages to promote students' mastery of KPS, in addition to obtaining students' perceptions of this study. The study sample consisted of 30 primary school students who shared using a visual website called APS-TeWeV. The study's findings found a significant effect on the student's achievement before and after the science learning treatment with the integration of APS-TeWeV, and further helped in the mastery of the students' science process skills to a better level. While referring to the data analysis, the students' perceptions show a positive interest and acceptance towards learning science with the joint use of visual media through web technology.

 

ABSTRAK

Semakan kurikulum terhadap Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah mengalami penambahbaikan dalam banyak aspek termasuklah Pembelajaran Sains. Oleh demikian, murid-murid tahap satu juga terlibat dengan perubahan konteks pembelajaran terhadap penguasaan Kemahiran Proses Sains. Perkara ini adalah disebabkan oleh murid-murid sekolah masih menghadapi masalah dalam menguasai dan memahami Kemahiran Proses Sains (KPS) sehingga menyebabkan kemerosotan dalam pencapaian dari tahun ke tahun seterusnya. Terdapat murid-murid masih tidak dapat menggambarkan dan memvisualkan dengan baik serta mengalami permasalahan dalam memahami konsep yang abstrak dalam Pembelajaran Sains sehingga tidak dapat menguasai KPS secara optimum. Justeru, kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk merekabentuk aktiviti pembelajaran sains yang dapat membantu pemahaman murid-murid agar lebih jelas dan seterusnya menyokong kepada penguasaan KPS. Berdasarkan kepada elemen-elemen dalam kontinum pemikiran visualisasi, kajian ini menyediakan aktiviti pembelajaran Sains dengan berbantukan media visual dalam meningkatkan visualisasi murid-murid seterusnya menyokong kepada peningkatan pemahaman serta penguasaan Kemahiran Proses Sains. Penggunaan media visual dalam proses dan aktiviti pembelajaran dilaksanakan secara berperingkat agar perkembangan tahap visualisasi seseorang murid dapat meningkat dengan baik. Perkembangan visualisasi ini menyokong kepada peningkatan pencapaian murid-murid dalam pembelajaran Sains mereka. Penggunaan media visual ini diintegrasikan bersama menerusi web dalam pembelajaran Sains murid-murid yang dinamakan APS-TeWeV. Kajian ini merujuk kepada rekabentuk kajian kuasi-eksperimental yang melibatkan kutipan data daripada Ujian pra dan pos dalam mengenalpasti perubahan pengetahuan murid-murid serta penyediaan aktiviti pembelajaran secara berperingkat dalam menggalakkan penguasaan KPS murid-murid, disamping mendapatkan persepsi murid-murid terhadap kajian ini. Sampel kajian terdiri daripada 30 orang murid sekolah rendah, dengan penggunaan bersama laman web bervisual yang dinamakan sebagai APS-TeWeV. Dapatan kajian mendapati terdapat kesan yang signifikan dalam pencapaian murid-murid sebelum dan selepas rawatan pembelajaran Sains dengan pengintegrasian APS-TeWeV, serta seterusnya telah membantu dalam penguasaan Kemahiran Proses Sains murid-murid ke tahap yang lebih baik. Manakala merujuk kepada analisis data persepsi murid-murid telah memaparkan minat dan penerimaan yang positif terhadap pembelajaran Sains dengan penggunaan bersama media visual menerusi teknologi web.

Downloads

Published

2023-12-31

How to Cite

Ariffin, N., Atan, N. A., Mohd Yusof, S., Mohamad Said, M. N. H., & Tahir, L. (2023). Pembelajaran Sains Menerusi Web Berdasarkan Kontinum Pemikiran Visualisasi Dalam Meningkatkan Kemahiran Proses Sains Murid. Innovative Teaching and Learning Journal, 7(2), 72–83. https://doi.org/10.11113/itlj.v7.136

Issue

Section

Articles