Analisis Keperluan: Faktor Penerimaan Guru ke atas Aplikasi Bunyi-Huruf
DOI:
https://doi.org/10.11113/itlj.v8.146Keywords:
Analisis keperluan, aplikasi pembelajaran, bunyi huruf, teknik mnemonik, guru prasekolahAbstract
This study aims to analyze teachers' needs for a letter sound application using a quantitative approach. The survey was conducted among preschool teachers in the state of Pahang using a purposive sampling method. A total of 166 preschool teachers participated in this study. The findings indicate that the construct of mobile device usage level achieved the highest mean score of 6.25 with a standard deviation of 0.69. Meanwhile, the construct of teachers' understanding of the use of mnemonic techniques had the lowest mean score of 5.07 with a standard deviation of 1.26. The construct of teachers' acceptance of the letter sound application obtained the second-highest mean score of 6.06 with a standard deviation of 0.67. The construct of teachers' perception of letter teaching had the third-highest mean score of 5.80 with a standard deviation of 0.96. Although there were variations in the mean scores for each construct, overall, the mean scores were within a high range, between 5.01 and 7.00. This study provides an overview that preschool teachers in the state of Pahang generally have a high level of mobile device usage and acceptance of the letter sound application. However, there is a need to improve their understanding of mnemonic techniques in letter teaching.
Abstrak:
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis keperluan guru terhadap aplikasi bunyi huruf melalui pendekatan kuantitatif. Kajian tinjauan ini dijalankan ke atas guru prasekolah di negeri Pahang dengan menggunakan kaedah pensampelan bertujuan. Seramai 166 orang guru prasekolah telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa konstruk tahap penggunaan peranti mudah alih mempunyai skor min tertinggi iaitu 6.25 dengan nilai sisihan piawai .69. Sementara itu, konstruk tahap kefahaman guru terhadap penggunaan teknik mnemonik adalah yang terendah dengan nilai min 5.07 dan nilai sisihan piawai 1.26. Konstruk penerimaan guru ke atas aplikasi bunyi huruf memperoleh skor min kedua tertinggi dengan nilai 6.06 dan nilai sisihan piawai .67. Konstruk persepsi guru terhadap pengajaran huruf pula mempunyai skor min ketiga tertinggi iaitu 5.80 dengan nilai sisihan piawai .96. Walaupun terdapat variasi dalam skor min bagi setiap konstruk, keseluruhannya skor min berada dalam julat yang tinggi, iaitu antara 5.01 hingga 7.00. Kajian ini memberikan gambaran bahawa guru prasekolah di negeri Pahang secara amnya mempunyai tahap penggunaan peranti mudah alih dan penerimaan terhadap aplikasi bunyi huruf yang tinggi, namun terdapat keperluan untuk meningkatkan kefahaman mereka terhadap teknik mnemonik dalam pengajaran huruf.