Hajj Pop-up Tour: Apakah Kemahiran yang diperlukan untuk Membangunkannya?

Authors

  • Wan Ali Akbar Bin Wan Abdullah Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Khadijah Binti Abdul Razak Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Mohd Isa Bin Hamzah Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Nursafra Binti Mohd Zhaffar Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM Kampus Negeri Sembilan Cawangan Rembau

Keywords:

Teaching innovation, Hajj, Pop-up book

Abstract

Hajj is a topic that must be understood by every Muslim individually because it is one of the pillars of Islam. However, the lack of experience practice on it makes this topic difficult for students to understand. Thus, various innovations with various forms in the topic of Hajj were produced. The focus of this study is on the innovation in the form of a pop-up book which is Hajj Pop-up Tour. The uniqueness of this innovation draws the researcher’s attention to explore the skills used by his designer while developing this innovation. This study is a qualitative study using case study method. Data were collected through document analysis and interviews. Findings show there are six skills and two knowledge used by innovators to develop that innovation. The six skills are; paper folding skills, creative skills, graphic layout skills, ICT skills, action research implementation skills and social skills. Meanwhile, the two knowledge is the knowledge about pilgrimage and the knowledge about materials. The findings of this study provide guidance to other teachers who intend to develop pop-up-based innovations.

 

ABSTRAK

Haji adalah tajuk yang wajib difahami oleh setiap individu Muslim kerana ia adalah salah satu rukun Islam. Namun, ketiadaan pengalaman mengerjakannya menyebabkan tajuk ini sukar untuk difahami oleh pelajar. Maka, pelbagai inovasi dengan pelbagai bentuk dalam topik haji dihasilkan. Fokus kajian ini adalah pada inovasi berbentuk buku pop-up iaitu Hajj Pop-up Tour. Keunikan inovasi ini menarik perhatian pengkaji untuk meneroka kemahiran yang digunakan oleh inovatornya ketika menghasilkan inovasi ini. Kajian ini adalah kajian kualitatif dengan menggunakan kaedah kajian kes. Data dikutip melalui analisis dokumen dan temu bual. Dapatan menunjukkan terdapat enam kemahiran dan dua pengetahuan digunakan oleh inovator. Enam kemahiran itu ialah; kemahiran melipat kertas, kemahiran kreatif, kemahiran susun atur grafik, kemahiran ICT, kemahiran melaksanakan kajian tindakan dan kemahiran sosial. Dua pengetahuan tersebut pula adalah pengetahuan tentang ibadat haji dan pengetahuan tentang bahan. Dapatan kajian ini memberi panduan kepada guru lain yang berhasrat untuk membangunkan inovasi berasaskan pop-up.

Downloads

Published

2021-06-15

How to Cite

Wan Abdullah, W. A. A., Abdul Razak, K., Hamzah, M. I., & Mohd Zhaffar, N. (2021). Hajj Pop-up Tour: Apakah Kemahiran yang diperlukan untuk Membangunkannya?. Innovative Teaching and Learning Journal, 5(1), 23–30. Retrieved from https://itlj.utm.my/index.php/itlj/article/view/29