Pembelajaran Berasaskan Masalah Menerusi Teknologi Web 2.0 dalam Mata Pelajaran Sains dan Kesannya Terhadap Tahap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Pelajar (Problem Based Learning Via Web 2.0 Technology in Science Subject and The Effect Towards Students’ Hig

Authors

  • Siti Fatimah Salleh Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Bandar Penawar, Kota Tinggi, Malaysia
  • Jamalludin Harun School of Education, Universiti Teknologi Malaysia

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan pengunaan strategi Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) dengan sokongan teknologi Web 2.0 dalam meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam mata pelajaran Sains. Pendekatan PBM yang telah diimplementasi semasa pengajaran tersebut telah dilaksanakan dengan sokongan teori pembelajaran konstruktivisme sosial. Model Rekabentuk ASSURE telah digunakan dalam kajian ini sebagai garispanduan perlaksanaan keseluruhan kajian khususnya dalam proses reka bentuk dan pembangunan persekitaran pembelajaran yang dimaksudkan. Kajian ini telah dijalankan di salah sebuah sekolah menengah harian di Daerah Kota Tinggi, Johor dan melibatkan 30 orang pelajar daripada tingkatan dua. Reka bentuk kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah jenis kuantitatif dengan melibatkan data kuantitatif dan juga data kualitatif. Dalam bahagian kuantitatif, rekabentuk pre-eksperimental telah digunakan. Instrumen yang telah digunakan dalam kajian ini ialah soalan ujian pra dan soalan ujian pos, soal selidik dan juga temubual separa berstruktur. Analisis terhadap ujian pos pelajar telah menunjukkan peningkatan markah berbanding markah ujian pra selepas memperkenalkan PBM dengan bantuan teknologi Web 2.0. Min markah bagi ujian pra ialah 49.97 manakala min markah bagi ujian pos ialah 71.67 dan menunjukkan peningkatan markah. Bagi ujian t pula telah menunjukkan dapatan tersebut adalah signifikan (t= 13.56, df 29, p<0.05). Ini menunjukkan bahawa terdapat kesan yang positif terhadap penggunaan strategi PBM dengan sokongan Web 2.0 dapat meningkatan kemahiran berfikir pelajar pada aras yang lebih tinggi. Hasil temubual dan soal selidik juga menunjukkan pengunaan teknologi Web 2.0 dalam pembelajaran, memberi motivasi dan memberi kemudahan kepada pelajar dalam menyelesaikan masalah yang diberikan kepada mereka. Kesimpulannya dari kajian ini ialah pengunaan teknologi Web 2.0 sebagai sokongan dalam pembelajaran PBM amatlah digalakkan memandangkan kesannya yang sangat positif dalam dunia pendidikan.

Downloads

Published

2021-05-04

How to Cite

Salleh, S. F., & Harun, J. (2021). Pembelajaran Berasaskan Masalah Menerusi Teknologi Web 2.0 dalam Mata Pelajaran Sains dan Kesannya Terhadap Tahap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Pelajar (Problem Based Learning Via Web 2.0 Technology in Science Subject and The Effect Towards Students’ Hig. Innovative Teaching and Learning Journal, 3(2). Retrieved from https://itlj.utm.my/index.php/itlj/article/view/36