Penerimaan Sistem E-Pembelajaran Bagi Menyokong Pembelajaran Teradun di Institut Pendidikan Guru
Keywords:
e-Learning, Blended Learning, Technology Acceptance Model (TAM)Abstract
Blended learning has been practised in teacher education institutes since early 2011. Although this blended learning approach meets the current learning needs in teacher education institutes, the acceptance of students and teachers towards blended learning still an ongoing study, especially on the usage of e-learning to support it. Therefore, this study was conducted to examine students and instructors' acceptance of the e-learning system to support blended learning in the teacher education institute. This study is quantitative survey research involving 232 students and 99 instructors in an Institute of Teacher Education using purposive sampling method. Data were analyzed descriptively and inferentially to obtain respondents' feedback related to the research questions. The study results showed a good and positive acceptance among students and instructors in teacher education institutes of the official e-learning system used to strengthen the implementation of blended learning practices in the institution. Interaction factors, usability and benefits are correlated with the level of acceptance of students and instructors. However, the level of acceptance and correlation among instructors is lower than that of students. This is seen to exist based on the use of systems that can accommodate the latest teaching and learning environment and planning factors as well as the provision of technological infrastructure that has been carefully planned.
Abstrak
Amalan pembelajaran teradun telah diamalkan di institut-institut pendidikan guru semenjak awal tahun 2011. Walaupun pendekatan pembelajaran teradun ini menepati kehendak pembelajaran semasa di institut-institut pendidikan guru, namun penerimaan pelajar dan Pengajar terhadap pembelajaran teradun ini masih lagi dikaji khasnya dari aspek sokongan sistem e-pembelajaran. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji tahap penerimaan pelajar dan pengajar di institut pendidikan guru terhadap sistem e-pembelajaran bagi menyokong pembelajaran teradun. Kajian ini adalah bersifat kuantitatif berbentuk kajian tinjauan melibatkan 191 pelajar dan 92 pengajar di sebuah Institut Pendidikan Guru menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Data dianalisa secara deskriptif dan inferensi untuk mendapatkan maklumbalas responden yang berkaitan dengan persoalan kajian. Hasil dapatan kajian menunjukkan penerimaan yang baik dan positif dalam kalangan pelajar dan pengajar di institut pendidikan guru terhadap sistem e-pembelajaran rasmi yang diguna-pakai bagi memantapkan pelaksanaan amalan pembelajaran teradun di institusi tersebut. Faktor Interaksi, kemudahgunaan dan manfaat mempunyai perkaitan dengan tahap penerimaan pelajar dan pengajar. Namun, tahap penerimaan dan korelasi dalam kalangan pengajar adalah lebih rendah berbanding pelajar. Ini dilihat wujud berdasarkan penggunaan sistem yang mampu menampung suasana pengajaran dan pembelajaran yang terkini dan faktor perancangan serta penyediaan prasarana teknologi yang telah dirancang dengan rapi.