Potensi e-Modul dalam Pembelajaran Bahasa Arab pada Era Globalisasi

Authors

  • Mohd. Taqwudin Mohd. Yazid Universiti Malaysia Sabah
  • Wan Muhammad Wan Sulong Universiti Putra Malaysia
  • Nik Farhan Mustapha Universiti Putra Malaysia
  • Mohd Azidan Abdul Jabar Universiti Putra Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.11113/itlj.v7.97

Keywords:

Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer, E-pembelajaran, Bahasa Arab, E-modul, Pengajaran dan pembelajaran dalam talian

Abstract

Computer-Assisted Language Learning and e-learning are among the features that characterize Arabic language learning in the 21st century and the era of the Fourth Industrial Revolution. The presence of e-modules that incorporate these features into the online Arabic language learning landscape has successfully ensured the continuity of teaching and learning processes amidst the COVID-19 pandemic. This study aims to explore the potential and effectiveness of e-modules in Arabic language teaching and learning. The study adopts a qualitative approach and utilizes a literature review methodology. Data collection involves reviewing past studies and relevant documents, which are then analyzed descriptively. The findings reveal five main potentials identified, namely, e-modules operating through various Internet of Things (IoT) based products, e-modules serving as a virtual learning alternative, e-modules that can be used anytime and anywhere, e-modules rich in multimedia elements, e-modules employing personalized learning approaches, and e-modules fostering responsible technology use. The study also suggests further in-depth research in the future regarding the trends in the development of Arabic language e-modules based on the insights gained from previous studies, in order to strengthen this field.

Abstrak:

Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer dan e-pembelajaran adalah antara ciri-ciri yang mencorakkan pembelajaran bahasa Arab pada era Pembelajaran Abad ke-21 dan era Revolusi Industri 4.0. Kehadiran e-modul yang mengadunkan dua ciri tersebut ke dalam landskap pembelajaran bahasa Arab secara dalam talian berjaya memastikan kelangsungan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di tengah penularan pandemik COVID-19. Kajian ini bertujuan untuk merungkai potensi e-modul dan keberkesanan dalam PdP bahasa Arab. Kajian ini adalah berbentuk kualitatif dan menggunakan pendekatan kajian kepustakaan. Pengumpulan data kajian melibatkan penelitian bahan literatur kajian lepas dan dokumen berkaitan yang seterusnya dianalisis secara deskriptif. Hasil kajian mendapati terdapat lima potensi utama yang dikenalpasti iaitu e-modul beroperasi melalui sebarang produk berasaskan Internet of Things (IoT), e-modul sebuah alternatif pembelajaran secara maya, e-modul boleh digunakan tanpa mengira waktu dan tempat, e-modul kaya dengan elemen multimedia, e-modul menggunakan pendekatan pembelajaran yang diperibadikan dan e-modul memupuk cara menggunakan teknologi dengan sewajarnya. Kajian turut mencadangkan agar penelitian lebih mendalam pada masa akan datang berhubung trend perkembangan e-modul bahasa Arab berdasarkan sorotan kajian lepas dijalankan agar bidang tersebut boleh diperkasakan.

Author Biographies

Mohd. Taqwudin Mohd. Yazid, Universiti Malaysia Sabah

Mohd. Taqwudin bin Mohd. Yazid (M.A.) merupakan pensyarah di Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah dan sedang melanjutkan pengajian pada peringkat doktor falsafah dalam program bahasa Arab di Jabatan Bahasa Asing, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia.

Wan Muhammad Wan Sulong, Universiti Putra Malaysia

Wan Muhammad bin Wan Sulong (Ph.D.) merupakan pensyarah kanan di Jabatan Bahasa Asing, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia. Bidang kepakaran beliau ialah dalam Sosiolinguistik Arab, Analisis Wacana, Kritikan Sastera Islam & Arab Moden dan Tamadun Islam & Arab.

Nik Farhan Mustapha, Universiti Putra Malaysia

Nik Farhan Mustapha (Ph.D.) merupakan pensyarah kanan di Jabatan Bahasa Asing, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia. Bidang kepakaran beliau ialah dalam Psikolinguistik dengan gabungan kemahiran bahasa Arab dan psikologi, terutamanya kemahiran membaca.

Mohd Azidan Abdul Jabar, Universiti Putra Malaysia

Mohd Azidan bin Abdul Jabar (Ph.D.) merupakan profesor di Jabatan Bahasa Asing, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia. Bidang kepakaran beliau ialah dalam Kajian Wacana, Linguistik Arab, Bahasa Arab & Sastera.

Downloads

Published

2023-07-31

How to Cite

Mohd. Taqwudin Mohd. Yazid, Wan Muhammad Wan Sulong, Nik Farhan Mustapha, & Mohd Azidan Abdul Jabar. (2023). Potensi e-Modul dalam Pembelajaran Bahasa Arab pada Era Globalisasi. Innovative Teaching and Learning Journal, 7(1), 1–11. https://doi.org/10.11113/itlj.v7.97

Issue

Section

Articles